Siakap Keli

Ibarat Tengah “Travel”, Laman Web Ini Benarkan Orang Ramai ‘Memandu’ Di Serata Dunia Untuk Lepas Gian Melancong

Dalam keadaan dunia yang masih lagi ‘bergelut’ dengan pandemik COVID-19 pada ketika ini, pastinya semua orang sangat rindu untuk keluar berjalan-jalan dan melancong.

Tidak cuma itu, pasti ramai juga yang teringin untuk melakukan road trip bersama ahli keluarga dan rakan-rakan tetapi sayangnya pergerakan kita semua pada ketika ini sangat terbatas.

Pun begitu, sebenarnya anda masih lagi boleh ‘melancong’ ke luar negara dan ‘memandu’ sambil melihat pemandangan yang mengujakan. Boleh ke? Macam mana?

Haa, bagi yang masih lagi tidak tahu, anda boleh melayari laman web driveandlisten yang menyediakan pengalaman ‘memandu’ di pelbagai negara secara maya untuk anda.

Dengan adanya laman web ini, bolehlah anda yang selalu ke luar negara  untuk melepaskan rindu.

Anda boleh memilih untuk ‘memandu’ di 52 bandar di beberapa negara termasuk di Barcelona, Beijing, Singapura, Istanbul, Amsterdam, New York City dan Seoul.

Bukan itu sahaja, anda boleh mendengar siaran radio yang telah ditetapkan untuk setiap bandar.

Anda juga boleh mengaktifkan street noise bagi mendapatkan ‘pengalaman pemanduan’ yang real.

Tapi sayangnya Malaysia belum lagi  tersenarai dalam laman web itu.

Jadi lepas ni kalau anda bosan berada di rumah dan teringin untuk keluar dan memandu, duduk saja di depan laptop dan layari laman web tersebut.

Sumber: driveandlisten

Sofea

There's always another side to every story