Siakap Keli

(Video) “Saya Terpaksa Tipu John…”, Azizulhasni Cerita Semula Kenapa Nekad Habiskan Perlumbaan Walau Betis Tertusuk Kayu

Siapa masih ingat lagi, tragedi nahas kemalangan yang menimpa ke atas pelumba basikal negara, Azizulhasni Awang pada 2011 dulu?

Hari ini, Azizul sudi berkongsi semula video nahas tersebut di laman Facebooknya. Mari ikuti perkongsian dan video ini.

Gambar: Google

Atas permintaan ramai, saya kongsikan kembali video kemalangan ‘splinter’ di World Cup Manchester yang hampir meragut karier saya pada tahun 2011 dulu.

Beberapa detik selepas jatuh, saya gagahkan diri untuk membuka mata. Keadaan bising dan huru-hara. Saya nampak jurulatih John Beasley berada di sebelah saya. John bertanya, “Are you okay Azizul?”

Waktu itu saya terpaksa tipu John dan saya tipu diri saya. Saya ingin tamatkan juga perlumbaan tersebut kerana saya ingin menjaga status nombor satu dunia dalam acara Keirin ketika itu.

Saya perlu tamat sekurang-kurang tempat keempat. Saya pun menjawab, “I’m all good mate, can you help to lift me up real quick?”.

John seperti tak percaya memandangkan keadaan saya ketika itu. Skinsuit koyak rabak, helmet retak dan visor pecah. Saya yakinkan beliau lagi. Terus beliau angkat saya dan saya teruskan kayuhan ke garisan penamat dengan kesakit tahap dewa.

Lepas dapat tamatkan perlumbaan, saya lega. Saya tahu saya dapat nombor tiga untuk perlumbaan tersebut, bermakna misi tercapai. Terus saya berhenti dan memegang fence ditepi gelanggang tersebut.

Waktu itu barulah saya memikirkan tentang keadaan diri saya, tentang kecederaan dan kesakitan yang saya alami. MasyaAllah sakit sangat satu badan ni, kepala saya berdengung dan seperti ada bunyi tiupan wisel.

Skinsuit saya koyak rabak di beberapa bahagian. Waktu itu lah, satu pengalaman yang amat pahit buat saya. Dengan tiba-tiba saya dapat merasakan suatu kesakitan yang teramat sangat.

Tak tahu macam mana nak jelaskan. Saya yang banyak kali dah jatuh, crash dan cedera sebelum ini, belum pernah merasa sesuatu macam ni. Dan yang peliknya, semua tertumpu di satu bahagian, iaitu kaki sebelah kiri.

Saat itu saya tahu ini bukan kecederaan biasa-biasa. Saya pun gagahkan diri untuk melihat apakah yang berlaku sebenarnya. Apabila saya toleh ke bawah dan memandang betis kiri saya. Ya Allah!

Mari ikuti video di bawah ini.

 

Sumber: Facebook Azizulhasni Awang

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'