Siakap Keli
Gambar via Daily Mail

Dipercayai Mahukan Duit Insurans, Lelaki Sempat Berselfie Dengan Isteri Hamil 7 Bulan Sebelum Menolaknya Jatuh Dari Tebing Tinggi

Seorang lelaki dilaporkan tergamak menolak isterinya dari tebing bukit dengan niat untuk mendapatkan wang insurans dan apa yang lebih menyedihkan adalah apabila dia berselfie dengan isterinya sebelum melakukan pembunuhan itu.

Lelaki berusia 40 tahun itu telah ditangkap atas tuduhan membunuh isterinya yang hamil tujuh bulan ketika mereka sedang bercuti di Butterfly Valley di bandar Mugla, Turki.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu pada bulan Jun 2018, isteri dan anaknya yang belum lahir mati serta-merta di tempat kejadian.

Gambar via Daily Mail

Pasangan itu telah bergambar bersama di tebing dan pihak pendakwa mengatakan ‘kemalangan’ itu sebenarnya adalah pembunuhan yang dilakukan oleh suspek kerana dia ingin mendapatkan wang tunai dari insurans.

Dalam satu kenyataan di mahkamah, lelaki itu merancang pembunuhan itu dengan mengambil insurans kemalangan diri bagi pihak isterinya  terlebih dahulu dengan jaminan 400,000 Lira Turki ( RM230,582) dan dia merupakan satu-satunya penerima insurans tersebut.

Pendakwa juga menjelaskan bahawa satu-satunya alasan mereka duduk di atas tebing selama tiga jam adalah kerana dia ingin memastikan bahawa tidak ada orang di sekeliling mereka.

Apabila sedar hanya mereka berdua sahaja ada di disitu, lelaki itu dengan sengaja menolak isterinya dari tebing.

Dia juga telah menuntut pembayaran insurans tidak lama selepas kejadian itu.

Walau bagaimanapun, lelaki itu mengaku tidak bersalah dan menafikan dakwaan tersebut.

Mahkamah Jenayah Tinggi Fethiye telah memutuskan untuk menahan reman lelaki tersebut dan siasatan masih lagi sedang dijalankan.

Sumber: Daily Mail

Sofea

There's always another side to every story