Siakap Keli

Wanita Dilapor Mati Lemas Selepas Terjatuh Dalam Sungai Deras Ketika Cuba ‘Berselfie’ Atas Batu

Seorang wanita dilaporkan telah meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam sungai di timur India ketika sedang mengambil gambar selfie di atas batu, lapor Daily Mail.

Dia dipercayai hilang keseimbangan ketika berdiri di atas batu itu dan terus terjatuh ke dalam arus sungai yang deras.

Ia dapat dilihat menerusi satu video yang sempat dirakam sebelum kejadian itu berlaku.

Melalui video itu, mangsa mungkin hilang keseimbangan semasa mengalihkan perhatiannya kepada seorang lelaki yang tersadung di belakangnya.

Gambar Via Daily Mail

Kejadian tragis itu berlaku di Kanakund iaitu tempat berkelah di daerah Sundargarh, Odisha.

Seorang wanita lain menjerit ketika mangsa dihanyutkan oleh kekuatan air yang mengalir dengan pantas.

Air di sungai itu cetek namun kerana kederasan, mangsa dilihat bergelut dan terus dihanyutkan.

Kejadian itu berlaku dengan begitu pantas sehingga orang-orang yang berada di sekelilingnya tidak dapat membantunya.

Keluarga wanita itu dan pasukan bomba tempatan melancarkan operasi pencarian di lokasi kejadian.

Mayatnya ditemui pada hari berikutnya di bawah batu di dalam sungai tersebut,

Sumber: Daily Mail

Sofea

There's always another side to every story