Siakap Keli
Gambar: @arista1209

(Video) Gadis ’Steady’ Jumpa Orang Lain Pakai Baju Sama Dalam Kedai, Dah Naik ‘Motor’ Jumpa Lagi Seorang Pula

Pasti ramai diantara kita yang pernah berhadapan dengan situasi di mana baju yang kita pakai itu sama dengan orang yang tidak dikenali.

Perkara itu pastinya akan menimbulkan rasa malu dan kita pun pastinya akan berasa tak senang duduk dan ingin menyembunyikan diri.

Itulah yang terjadi kepada gadis dari Indonesia ini apabila baju cardigan yang dipakainya betul-betul sama dengan gadis yang duduk di sebelah mejanya ketika sedang menunggu pesanan sampai di sebuah kafe.

Rakannya yang menyedari berkenaan perkara itu terus mengeluarkan telefon bimbit dan merakam insiden tersebut sementara gadis itu hanya duduk ‘keras’ sahaja sambil berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Insiden itu tidak hanya terhenti di situ sahaja. Semasa perjalanan pulang, dia telah terserempak dengan seorang lagi gadis yang memakai baju yang sama dengannya sedang membonceng motor.

Mungkin selepas ini, gadis tersebut akan mempertimbangkan untuk memakai baju itu terlebih dahulu atau pun dah tak nak pakai langsung kerana tidak lagi mahu berhadapan dengan insiden ‘memalukan itu’.

Video yang dikongsikan menerusi akaun TikTok @arista1209 telah menjadi tular di media sosial. Sehingga kini ianya telah ditonton lebih 300 ribu kali oleh warganet.

@arista1209

#bajukembarcheck #bajukembar

♬ terimakasih emak terimakasi abah – tir

Sumber: @arista1209

Aqmal Ezany

I write what is right