Siakap Keli

Pernah Makan Nasi Dengan Garam, Wanita Ini Bangkit Jual Kain Pasang & Capai Jualan RM4 Juta Setahun

Tak semua orang dilahirkan berharta. Ada yang perlu berhempas pulas mencari sesuap nasi untuk menyara diri dan keluarga. Bagi Siti Zaharah Ismail atau lebih dikenali sebagai Zara, segala kesusahan hidupnya suatu ketika dahulu kini membuahkan hasil apabila dia berjaya meraih pendapatan yang lumayan hasil perniagaan kain pasangnya yang bermula dengan modal RM40 sahaja.

Berasal daripada keluarga penoreh getah, ada kalanya mereka sekeluarga hanya makan nasi dengan garam atau bubur kosong bersama gula. Bagi memperbaiki kehidupan, Zara tekad berniaga kerepek dan pes tomyam untuk menampung hidup. Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahinya apabila perniagaan itu tidak membuahkan hasil. Pernah tidak cukup duit untuk makan, wanita ini terpaksa memecahkan tabung untuk membeli makanan. Dengan wang hanya RM1.20, dia menggunakan wang itu untuk membeli biskut Tiger.

Tidak berputus asa, wanita ini memulakan bisnes kain dengan bermodalkan RM40 untuk mendapatkan sedikit demi sedikit kain pasang daripada pembekal pada tahun 2017. Bagi menjimatkan kos, Zara melakukan semuanya dari mengangkat kain, melayan pelanggan sehinggalah menguruskan pembungkusan.

Berkat usahanya, semakin hari, produk jualannya semakin mendapat tempat di hati pelanggan. Setiap hari, ada sahaja tempahan dari pelanggannya. Mengambil kesempatan ini untuk memajukan lagi perniagaannya, Zara mula menyertai kelas bimbingan pemasaran dengan Najib Asaddok melalui kelas Roket Pemasaran Momentum (RPM).

Lumrah penuntut ilmu, makin belajar, makin sedar banyak yang belum diketahui. Dari situ, dia mula menyedari pelbagai teknik yang betul untuk menarik pelanggan.

“People buy with their heart not their head.”

Ayat inilah yang membuatkan wanita ini tersentak dan sedar untuk menambah baik teknik pemasaran dalam perniagaannya. Dari tontonan ‘kosong’ ketika buat siaran di Facebook Live, kini Zara sudah boleh bersenang hati apabila berjaya meraih jualan RM40,000 selepas konsisten membuat live di platform tersebut.

Bukan itu sahaja, berpandukan Formula Online Rocket Marketing (ORM), jualannya daripada RM5,000 sebulan terus melonjak naik kepada RM500,000 sebulan. Malah, wanita ini berjaya meraih jualan sebanyak RM4 juta pada tahun 2020 manakala jualannya pada 11.11 yang lalu telah mencecah RM71,449 sehari. Hebat bukan?

Antara pencapaian dalam bidang perniagaan yang dikecapi oleh Zara termasuklah pembukaan butik FYZARA pada tahun 2018 yang lalu dan lebih membanggakan, pada 18 Disember 2020 dia berjaya menerima Anugerah Nona Superwoman bagi Nona Best Textile Entrepreneur Award.

Menurut Najib Asaddok, rahsia kejayaan Zara adalah dia bijak gunakan teknik dan formula tarik 10x ganda lebih ramai pelanggan.. Tidak hairan lah dia mampu raih jualan yang tinggi setiap bulan. Kalau Zara boleh, kenapa tidak anda?

Kejayaan tak akan datang bergolek kalau tak ada usaha dan tindakan untuk berjaya. Apa kata anda dapatkan E-Book 10 Strategi Tarik Pelanggan Online yang bernilai RM199 dan kelas Onlinekan Bisnes Anda (OBA) yang bernilai RM499 secara PERCUMA.

Bukan tu je, anda juga berpeluang untuk dapat Video Panduan Setup Facebook Page dan Like Marketing yang bernilai RM249. Kalau nak ikutkan, semua ni sepatutnya bernilai RM947, tapi anda boleh dapatkan secara PERCUMA je daripada Najib Asaddok di www.NakTarikPelanggan.com

Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi Nak Tarik Pelanggan www.naktarikpelanggan.com atau emel [email protected] atau hubungi talian 07-7717296 @ wasap.my/60108048800. Jom belajar teknik menarik pelanggan bersama Najib Asaddok di Facebook, Instagram, atau Youtube rasmi beliau di pautan yang telah disertakan.

Amira

Love yourself.