Siakap Keli
Gambar Via Najuwa Suhana

“Saya Dah Buktikan Sikit-Sikit,”, Teruk Kena “Body Shaming”, Wanita Nekad Berdiet & Mula Nampak Hasilnya

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bagi anda yang ingin menurunkan berat badan, teruslah bersemangat melakukannya walaupun terkadang perubahan yang dilakukan perlu melalui fasa yang sukar untuk dihadapi.

Apa yang penting, anda perlu sentiasa berniat menurunkan berat badan sebagai satu permulaan kepada gaya hidup yang lebih sihat.

Menerusi perkongsian Najuwa Suhana di Facebook, dia berjaya menurunkan beberapa kilogram setelah mengamalkan gaya hidup sihat.

Menurutnya, beratnya sebelum ini 90kg dan kini berjaya turun hampir 10kg dalam masa dua bulan.

Tumpang lalu sat, nak update pon fikir beratus kali. Nampak ke perubahan? Malu, tapi mahu, okay lah kita share kat group nie.

Yes, im struggle, umur tak kena dengan bentuk badan, macam pregnant 4bulan, padahal umur baru 22tahun, tak kawin lagi.

I doa kan sapaaa senasib i, kena reject sbb body shaming, tapi niat nak ubah to look more better, i doa kan semoga berjaya.

Jangan dengar cakap orang, yang kata gemuk pon lawo, bohong! Bohong! Nanti badan dah obes sapa yang susah? You jugak.

Walaupun beratnya turun tidak terlalu banyak namun dia akui bahawa sangat sukar.

“Tips saya satu je, selain jaga pemakanan dan senaman, kita juga perlu bersungguh-sungguh dengan niat nekad dan istiqamah,” katanya kepada SK.

Tambahnya lagi, dia juga mengurangkan makanan bergula, garam serta minyak.

“Mulakan amal pemakanan sihat, jangan skip sarapan, berhenti makan sebelum 6 petang, selalu positif,” katanya.

Najuwa mengubah pemakanan dan aktivitinya ke arah yang lebih sihat.

“Bukan kawan je pelik, family pun pelik sebab mula hidup baru, walaupun mulut orang cakap tak akan kurus, badan rupa mak orang, akhirnya saya dah buktikan sikit-sikit.

“Doakan saya semoga terus amalkan gaya hidup sihat,” katanya.

Sumber: Najuwa Suhana

Sofea

There's always another side to every story