Siakap Keli
Gambar: North P&I Club

Negeri Sembilan Catat Peningkatan Kes Mendadak Dengan 1,392 Kes, Ini Penjelasan KP Kesihatan

Kementerian Kesihatan Malaysia pada hari ini telah melaporkan bahawa terdapat 3,545 kes positif COVID-19 baharu.

Negeri Sembilan telah mencatatkan peningkatan kes baharu secara mendadak dengan 1,392 kes pada hari ini. Peningkatan itu disebabkan oleh Kluster Industri Sungai Gadut yang dilaporkan.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melalui kenyataan akhbar Ketua Pengarah Kesihatan telah menjelaskannya.

Peningkatan kes mendadak di Negeri Sembilan adalah disebabkan oleh pengesanan aktif daripada Kluster Industri Sungai Gadut. Kluster ini telah diumumkan pada 22 Februari 2021 hasil saringan bersasar di tempat kerja yang melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang pembuatan produk kayu yang terletak di Kawasan Perindustrian Sungai Gadut, KM 11, Seremban. Pada hari ini, sebanyak 1,338 kes baharu untuk kluster ini dilaporkan. Jumlah keseluruhan kes dalam kluster ini sehingga 24 Februari 2021 adalah 1,432 kes. Daripada jumlah ini, sebanyak 318 kes merupakan warganegara manakala 1,114 kes merupakan bukan warganegara.

Aqmal Ezany

I write what is right