Siakap Keli
Gambar Hiasan via Bernama

Pembayaran i-Sinar Bagi Bulan Mac Diawalkan, Dibayar Secara Berperingkat Sepanjang Minggu Ini

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam satu perkongsian di Twitter rasminya memaklumkan bahawa permohonan i-Sinar yang diluluskan pada Januari 2021, bayaran akan diawalkan kepada minggu akhir bulan Februari.

Menurut KWSP, pembayaran yang diawalkan ini bertujuan untuk melancarkan transaksi bayaran i-sinar yang akan dibuat mulai 8 Mac ini.

Tambahan lagi, pembayaran i-Sinar yang seterusnya akan dibuat pada bulan April ini.

Sumber: @KWSPMalaysia

Aqmal Ezany

I write what is right