Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

ALR Melepasi Paras RM2 Bilion Bagi Pembayaran Keuntungan Dan Prinsipal Sukuk

Prinsipal Sukuk

Kuala Lumpur, 21 Oktober 2026 - Amanat Lebuhraya Rakyat Berhad (“ALR”) hari ini mengumumkan bahawa jumlah terkumpul pembayaran keuntungan dan prinsipal Sukuknya telah melepasi RM2 Bilion, sekali gus menandakan satu lagi pencapaian penting dalam memenuhi obligasi kewangannya di bawah Program Sukuk Murabahah Mampan.

Pada 13 Oktober 2026, ALR telah membuat pembayaran Sukuk kali kelapan berjumpah RM513.8 juta, merangkumi RM390 juta bagi prinsipal Sukuk dan RM123.8 juta bagi keuntungan Sukuk. Pembayaran ini menjadikan jumlah terkumpul pembayaran keuntungan dan prinsipal Sukuk ALR melebiji RM2.149 bilion. Jumlah keseluruhan obligasi keuntungan dan prinsipal di bawah Program Sukuk Murabahah Mampan tersebut ialah RM7.935 bilion.

Pencapaian ini diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ALR, Muhammad Nizam Alias, semasa sesi taklimat media yang diasakan di pejabat SMART pada 21 Oktober 2026. Dalam sesi tersebut, pihak media diberikan penerangan mengenai obligasi Sukuk ALR, model kewangannya serta kemajuan dalam memenuhi komitmen yang ditetapkan.

Pencapaian terkini ini menyusuli pencapaian ALR pada April 2025, apabila jumlah terkumpul pembayaran keuntungan dan prinsipal Sukuk mencecah RM1.021 bilion.

Pada 13 Oktober 2022, ALR telah menerbitkan Sukuk Murabahah Kanan Mampan dan Pelaburan Bertanggungjawab (SRI) bertaraf AAA dengan nilai nominal RM5.5 bilion bagi membiayai pengambilalihan empat syarikat konsesi lebuh raya utama di kawasan bandar, iaitu KESAS, LITRAK SPRINT dan SMART. Pengambilalihan ini dilaksanakan tanpa menggunakan dana awam dan tanpa jaminan Kerajaan.

Dalam taklimat tersebut, Muhammad Nizam turut memberikan gambaran menyeluruh kepada pihak media mengenai peranan dan fungsi ALR serta menjelaskan bagaimana model kewangannya menyokong mandat organisasi yang lebih luas demi kepentingan rakyat.

Sebagai entiti swasta yang tidak berorientasikan keuntungan, ALR ditubuhkan bagi mempercepatkan pemendekan tempoh konsesi tol dan pemulangan keempat-empat lebuh raya tersebut kepada Kerajaan Malaysia. Di bawah model ALR, kadar tol akan dikekalkan pada paras semasa sehingga tamat tempoh konsesi masing-masing, manakala lebihan hasil akan disalurkan untuk menebus pembiayaan hutang lebih awal.

Muhammad Nizam berkata, 'Melepasi paras RM2 bilion bagi jumlah terkumpul pembayaran Sukuk merupakan satu pencapaian penting dalam perjalanan ALR. Ia mencerminkan disiplin kewangan berterusan serta komitmen kami untuk memenuhi obligasi yang ditetapkan, di samping terus memberi tumpuan kepada mandat yang diamanahkan kepada kami, iaitu mengekalkan kadar tol pada tahap mampu bayar, menghapuskan keperluan pembayaran pampasan tol oleh Kerajaan serta mempercepatkan pemulangan lebuh raya kepada Kerajaan dan rakyat.”

ALR tidak mengagihkan dividen kerana hasilnya disalurkan sepenuhnya untuk memenuhi obligasi pembiayaan dan menampung kos operasi., Program Sukuk Murabahah Mampan ALR terus mengekalkan penarafan AAA yang telah disahkan semula oleh RAM MARC.

Pencapaian ini mencerminkan kemajuan yang dicapai ALR sejak penerbitan Sukuk Murabahah Mampan pada Oktober 2022, selain memperkukuh hubungan antara disiplin kewangan Kumpulan dengan mandat jangka panjangnya demi kepentingan awam.

Selepas pengumuman Sukuk dan taklimat ALR, pihak media diberikan penerangan mengenai peranan, fungsi serta sumbangan Terowong SMART kepada Kuala Lumpur. Lawatan teknikal ini memberikan gambaran praktikal tentang salah satu aset infrastruktur awam penting di bawah pengurusan ALR.

Terowong SMART mempunyai dua fungsi utama, iaitu mengalihkan aliran air hujan bagi membantu melindungi Kuala Lumpur daripada banjir serta mengurangan kesesakan lalu lintas di salah satu koridor utama bandar.

Sejak dibuka kepada lalu lintas pada Mei 2007, SMART telah mengalihkan sebanyak 266.03 juta meter air banjir dalam lebih daripada 685 kejadian, sekali gus membantu mengelakkan kerosakan harta benda awam yang dianggarkan bernilai RM4.94 bilion.

Pengoperasian dan penyelenggaran infrastruktur kritikal seperti Terowong SMART memerlukan sumber kewangan yang besar. Walau bagaimanapun, ALR komited untuk melaksanakan tanggungjawab sosialnya dan terus mengamalkan disiplin kewangan dengan mengimbangi perbelanjaan operasi secara teliti berbanding hasil tol, sambil memenuhi obligasi sukuknya.

ALR kekal komited untuk memenuhi obligasi kewangannya di bawah Program Sukuk Murabahah Mampan, di samping memastikan lebuh raya di bawah pengurusannya terus menyediakan perkhidmatan mobiliti yang selamat, boleh dipercayai dan mampan kepada rakyat.