Siakap Keli

(Video) NASA Dedah Bunyi Yang Dirakam Di Planet Marikh Buat Pertama Kali

Agensi angkasa NASA dilaporkan telah mengeluarkan suara yang pertama kali pernah dirakam di Marikh bersama dengan pemandangan panorama  dari Perseverance Mars rover.

Menurut VOA News, saintis NASA mengeluarkan video yang diambil oleh Perseverence ketika turun ke permukaan planet Marikh pada Khamis lalu.

Rakaman itu dirakam oleh kamera yang dipasang pada sudut berbeza dari kapal pendaratan ketika melewati atmosfera nipis planet tersebut untuk mendarat di dalam lembangan yang dipanggil Kawah Jezero.

Bersama dengan video dan foto, para saintis NASA juga mengeluarkan rakaman audio angin pertama dari permukaan.

Saintis NASA, Dave Gruel mengatakan bahawa audio tersebut merupakan hembusan angin bersama dengan suara ‘whir’ yang lembut dari rover itu sendiri.

Perseverance tiba di Marikh pada minggu lalu selepas menempuh perjalanan hampir tujuh bulan dengan jarak sejauh 472 juta kilometer.

@discovery

Turn UP🔊Hear the first microphone-recorded sounds of Mars captured from NASA’s Perseverance rover. #learnontiktok #tiktokpartner

♬ original sound – Discovery

Sumber: VOA News, discovery, NASA

Sofea

There's always another side to every story