Siakap Keli

“Tiada Kesan Sampingan Setakat Ini,” Selepas Lebih 24 Jam Dr. Noor Hisham Disuntik Vaksin Covid-19

Semalam, kita menyaksikan detik bersejarah Pengarah Kesihatan menjadi orang ketiga menerima suntikan vaksin Pfizer Biotech untuk melindungi diri daripada wabak Covid-19 selepaqs Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan seorang petugas barisan hadapan.

Terbaru, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkongsi pengalaman selepas menerima suntikan tersebut. Tampak lebih sihat dan jelasnya setakat ini, tiada kesan sampingan berlaku pada dirinya.

Pasca Suntikan Vaksin COVID-19 hari pertama
(25 Februari 2021, 2.40pm)

“Alhamdulillah, sehari selepas menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19, tiada kesan sampingan yang dialami setakat ini. Tiada gejala demam atau pun rasa sakit di tempat suntikan.”

Jumlah larutan vaksin yang digunakan adalah hanya 0.3ml dan jarum yang digunakan adalah jarum yang halus iaitu saiz 25 G.

Segeralah mendaftar di MySejahtera untuk menerima vaksin COVID-19 yang akan diberikan mengikut fasa kelayakan yang ditetapkan. Vaksin memberi pelindungan diri dan pelindungan imuniti kelompok.

Lindung Diri, Lindung Semua…

Menjengah di ruangan komen laman Facebooknya, rata-rata masyarakat Malaysia sudah mula mendaftar dan tidak sabar untuk menerima suntikan tersebut.

Sumber: Dr Noor Hisham

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang