Seekor burung kali terkahir dijumpai pada 170 tahun yang lalu di hutan Borneo. Apa yang mengejutkan, ianya dilihat sekali lagi di kawasan hutan yang sama.
Hampir dianggap sudah pupus, burung spesies Murai berkulit Hitam ini pernah didokumentarikan sekitar tahun 1848. Namun selepas itu, usaha untuk mencarinya tidak diteruskan lagi.
Namun, lewat tahun lepas, dua lelaki di Borneo dan Indonesia melihat seekor burung yang mereka tidak dikenali di wilayah Kalimantan Selatan dan merakam gambarnya sebelum melepaskan haiwan tersebut ke hutan semula.
Pakar pengkaji burung tersebut terkejut apabila mendapati burung Murai berkulit hitam masih dalam keadaan yang baik walaupun tidak pernah dijejak semejak Charles Darwin menerbitkan ‘On the Origin of Species’.
Burung kecil ini sering digelarkan enigma terbesar dalam ornitologi Indonesia. Ia amat mengejutkan kerana haiwan ini masih belum pupus dan masih hidup di tempat kali pertama haiwan ini dijejaki.
Bagaimanapun, spesies burung Murai yang hidup di Kepulauan Indonesia hampir 1,700 spesies bagaimanapun masih tidak pernah menjumpai burung Murai berkulit hitam ini.
Ahli pemuliharaan negara tersebut berkata, beliau akan pergi menjejak semula burung tersebut selepas pandemik Covid-19 mula reda.
Sumber: The Guardian