Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Kredit: Image FX

Dua Negara Ini Latih Burung Gagak Kutip Sampah & Puntung Rokok

Sofea

Dua Negara Ini Latih Burung Gagak Kutip Sampah & Puntung Rokok

Jika anda perasan, gagak menjadi antara spesies burung yang sentiasa menghiasi ruang langit serta memenuhi pohon-pohon di sekeliling kita. Kadang kala, burung itu juga sering dikaitkan dengan sesuatu yang misteri atau ‘menyeramkan’.

Namun, fakta yang tidak dapat disangkal oleh kita semua adalah burung itu turut mempunyai kepintaran yang luar biasa.

Walaupun otak burung gagak mungkin kelihatan lebih kecil berbanding otak manusia namun ketahuilah bahawa tahap kepintarannya sama dengan kanak-kanak yang berusia tujuh tahun.

Kajian yang dijalankan oleh Profesor John Marzluff di Makmal Pemuliharaan Penerbangan Universiti Washington mendapati burung gagak spesies corvid bijak kerana ia boleh mengecam wajah manusia secara individu.

Malah, seekor gagak juga boleh bercakap mengenai anda kepada gagak yang lain. Komunikasi antara mereka masih belum dapat difahami. Pun begitu, keamatan, ritma dan tempoh bunyi panggilan gagak dipercayai menjadi asas kepada satu bentuk bahasa.

Kredit: ImageFX

Gagak sebagai pengutip puntung rokok dan sampah

Mungkin disebabkan faktor itu, sebuah taman tema di barat Perancis telah merekrut enam ekor burung gagak untuk mengutip puntung rokok dan sampah.

Taman Puy du Fou mengambil inisiatif itu pada tahun 2018 bagi memberikan nafas baharu kepada kawasan tumpuan orang ramai itu.

Seperti yang dinyatakan, burung gagak hitam dipilih kerana kepintaran mereka dan telah dilatih untuk membawa sampah-sampah kecil ke dalam kotak kayu khas.

BACA: (Video) Muka Selamba Je, Gelagat Kucing ‘Sepak’ Muka Tuannya Buat Ramai Terhibur

Jangan risau, burung-burung itu akan mendapat ganjaran makanan selepas selesai menjalankan tugas.

Pun begitu, nampaknya ada juga kejadian ‘penipuan’ berlaku di mana ada sebahagian burung gagak yang cuba mencuri sampah daripada burung lain untuk ‘memenangi’ ganjaran.

Pengurus taman berkata kaedah itu direka bagi menjadikan pengunjung lebih peka tentang sampah sarap.

Kredit: AFP

Senang untuk dilatih

‘Menggaji’ burung sebagai pengumpul sampah mungkin kelihatan mustahil tetapi eksperimen ini juga pernah dilakukan oleh syarikat permulaan Belanda, Crowded Cities.

Mereka melatih burung gagak untuk mengumpul puntung rokok menggunakan peranti seperti mesin layan diri yang diubahsuai.

Makanan akan keluar dari mesin itu selepas ia meletakkan sampah di dalamnya. Jadi, burung-burung itu bijak meneka apa sebenarnya yang mereka perlu lakukan.

Pada tahun tersebut, Crowded Cities telah merancang untuk menjalankan lebih banyak kajian mengenai keberkesanan kaedah tersebut. Malah, bahaya akibat daripada kesan tembakau yang dikutip oleh haiwan itu juga diambil kira, sebelum mesin layan diri itu diperluaskan lagi.

Menginjak ke tahun 2025, projek itu masih wujud tetapi tidak dilaksanakan secara meluas. Ia mungkin disebabkan oleh isu kebajikan haiwan atau faktor latihan dan kos mesin yang perlu ditanggung.

Sumber: ThoughtCo, AFP, Mental Floss