Siakap Keli
Gambar: @dontstopmeowing

(Video) Padah Kacau Kucing Santai ’Terapi’ Spa, Tak Pasal-Pasal Kena Gigit, Terpaksa Mengalah

Satu video yang memaparkan seekor kucing leka menghabiskan masa membuat aktiviti spa bersama tuannya telah menjadi tular di media sosial.

Video lucu tersebut bermula dengan ‘ibu’ kucing tersebut mula masuk ke dalam dan mendapati bahawa suaminya bersama dengan kucingnya sedang asyik terbaring dan menutup mata mereka menggunakan timun sambil mendengar lagu yang menenangkan.

Wanita itu kemudiannya seakan memarahi suaminya kerana melakukan aktiviti tersebut bersama dengan kucingnya itu.

Selepas daripada itu, wanita tersebut cuba untuk mengajak kucingnya daripada meninggalkan aktiviti itu dan mengalihkan timun yang terletak di mata kucingnya.

Namun, lebih melucukan dan tidak dijangka, kucingnya itu telah bertindak menggigitnya seakan marah kepadanya kerana memaksanya untuk menghentikan aktiviti tersebut.

Wanita tersebut kemudiannya akur dan membiarkan mereka meneruskan aktiviti tersebut.

Video yang berdurasi selama 32 saat itu telah menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah mendapat lebih 18 juta kali tontonan.

@dontstopmeowing

Chase was vibing #fyp #foryou #foryoupage #catsoftiktok #VideoSnapChallenge #Seitan #trending #duet

♬ original sound – Kareem & Fifi

Sumber: @dontstopmeowing

Aqmal Ezany

I write what is right