Siakap Keli

(Video) Gunung Sinabung, Indonesia Kembali Meletus, Abu Tebal Menjulang Naik Ke Udara

Gunung berapi Sinabung di Sumatera Utara, Indonesia kembali meletus pagi tadi waktu tempatan telah mengeluarkan abu dan asap berwarna kelabu ke udara setinggi lebih 3,000 meter ke arah timur-tenggara.

Kejadian ini berlaku pada awal pagi tadi, sekitar pukul 7:11 pagi.

Perkara ini dimaklumkan oleh Magma Indonesia menerusi laman Twitternya. Segala aktiviti di kawasan tersebut sangat tidak digalakkan bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.

Bagaimanapun, penduduk sekitar dinasihatkan untuk tidak melakukab aktiiti di kawasan tersebut.

 

Sumber: MAGMA Indonesia

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang