Siakap Keli
Gambar: Forbes

MetMalaysia Kongsi Info Gelombang Haba, Ini Antara Kawasan Yang Paling Terjejas

Umum telah mengetahui bahawa sejak kebelakangan ini cuaca di Malaysia agak panas.

Perkara ini telah dikaitkan dengan gelombang haba yang kebiasaannya berlaku pada fasa akhir Monsun Timur Laut sehingga awal peralihan Monsun antara bulan Februari hingga pertengahan April.

Gelombang haba ialah satu tempoh suhu tinggi luar biasa yang melebihi suhu maksimum purata harian dengan keadaan cuaca yang agak panas.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, keadaan ini lazimnya boleh berlarutan sehingga beberapa hari atau beberapa minggu.

Terdapat beberapa negeri di Malaysia yang paling terjejas. Kesan-kesannya pula mungkin kita boleh rasai dan tampak sendiri.

Justeru daripada itu, MetMalaysia ada berkongsikan tentang antara kawasan yang paling terjejas dan kesan-kesan yang boleh dilihat akibat daripada gelombang haba ini.

Bagi mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti inforgrafik yang dikongsikan ini seperti berikut:

Gambar: Jabatan Meteorologi Malaysia
Gambar: Jabatan Meteorologi Malaysia

Sumber: @metmalaysia

Aqmal Ezany

I write what is right