Siakap Keli
Gambar: Muhyiddin Yassin / Haramain Sharifain

(Video) Pintu Kaabah Dibuka Untuk Perdana Menteri Dan Rombongan Ketika Mengerjakan Ibadah Umrah

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dilaporkan selamat diba di Jeddah, Arab Saudi petang semalam bagi memulakan lawatan rasmi enam hari ke negara Asia Barat.

Beliau dan isterinya akan menunaikan umrah dan melakukan ziarah di Madinah terlebih dahulu sebelm memulakan program rasmi di sana.

Susulan daripada itu, pintu Kaabah telah dibuka untuknya dan rombongannya ketika mengerjakan ibadah Umrah.

Beliau seterusnya akan ke Emiriyah Arab Bersatu (UAE) untuk bertemu dengan YM Putera Mahkota Abu Dhabi Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan dan Perdana Menteri UAE yang juga Pemerintah Dubai, YM Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum.

Rakaman Perdana Menteri memasuki Kaabah juga turut dikongsikan oleh laman Twitter Haramain Sharifain awal pagi tadi.

Sumber: Bernama/Muhyiddin Yassin

Beli Minyak Hitam PETRONAS Dapat Bawa Balik Sebuah Motosikal YZF-R25, Ini Caranya Yang Korang Perlu Buat

Aqmal Ezany

I write what is right