Siakap Keli

“Beras Kita Beli”, Tapi Wanita Ini Hanya Tinggal Secawan Beras Untuk Hidup Sebelum Dia Berjaya Buat RM600K Sebulan

Siapa kata jual produk orang ni tak boleh berjaya? Masih ramai lagi orang diluar sana yang fikir nak dapat untung banyak je kena jadi Founder dulu. Kalau korang semua nak tahu, Dyan ni mulakan bisnes dengan jadi dropshiper produk bengkung jenama Sara Anna, bukan produk dia punya pun.

Nama wanita ni adalah Diana Delany atau nama yang biasa kawan-kawan dia panggil, Dyan. Dulu dia tak macam sekarang ni.. Dulu hidup dia sangat susah, hidup miskin, tak ada duit pun nak buat belanja harian.. Bayangkan, dia hampir nak bunuh diri sebab putus asa dan buntu dengan kemiskinan yang dihadapi oleh wanita ini yang berasal dari Penampang, Sabah.

Nak berjaya ni tak mudah. Banyak sangat perkara yang dia dah lalui sebelum capai apa yang dia dapat sekarang ni

Dulu, masa dia kecil, tempat tinggal keluarganya pernah terbakar sebab silap dia bermain mancis sampai terpaksa satu keluarga kena pindah keluar.. Mak Dyan tak tahan asyik dibawang oleh orang kampung. Tapi dia sekeluarga bertuah sebab dapat rumah free dengan syarat perlu jaga dan bersihkan gereja berhadapan rumah tu. 

Gaji yang mak dia dapat masa jaga gereja hanya RM400 sebulan. Masa tu umur Dyan baru 3 tahun. “Tinggal setahun lagi kami boleh tinggal rumah tu sebab owner nak robohkan buat dewan”, ujarnya. 

Sebab desakan dan susahnya hidup ketika itu, jadi punca Dyan terpaksa ada impian yang besar untuk bina sebuah rumah impian untuk keluarganya. 

Tak cukup pengalaman susah ketika kecil, lepas berkahwin, ujian hidup datang lagi bila dia dibuang dan disisihkan keluarga selepas ucap dua kalimah syahadah, tanda dia masuk peluk Islam. Dia sangat sedih dan terkilan sebab tak dapat sokongan dari ahli keluarga sendiri.

Beberapa tahun lepas tu pula, krisis rumah tangga pula berlaku. Dia hanya mampu pendam rasa sedih, kecewa, geram sebab tiada siapa yang nak tolong dan dengar luahan dia. Dia hanya ada anak-anak sahaja yang menjadi pendorong untuk teruskan kehidupan.

Dyan terpaksa jual baju prelove anak untuk dapatkan duit. Perkara yang paling tak boleh dilupakan, dia terpaksa selongkar rumah untuk kumpulkan duit syiling sebab nak beli susu anak. 

Ditambah pula keadaan keluarga sendiri tak cukup makan. Dalam simpanan cuma ada satu cawan beras untuk bagi anak-anak dan diri sendiri makan. Ya Allah, korang dapat bayangkan betapa struggle nya hidup Dyan masa tu. 

“Kalau saya tak buat sesuatu waktu tu, anak saya nak makan apa?”..

Anak-anaklah penguat semangat Dyan untuk terus kehidupan dan dia juga nak ubah keadaan supaya anak-anaknya tak merasa kesusahan seperti dia bila dah besar.. Dia nak buktikan pada keluarga, yang dia pun boleh berjaya dan balas jasa mak ayah.

Disebabkan keadaan sangat kritikal dengan duit tak ada, tak ada tempat nak bergantung, Dyan ambil keputusan untuk sertai kelas Najib Asaddok, Roket Pemasaran Momentum (RPM), pada Jun tahun lepas. Itu pun sebab terinspirasi dengan sales yang rakan dia buat lepas join kelas RPM.

Banyak sangat win yang Dyan dah capai lepas dia join kelas Najib Asaddok. Tahun 2020 sahaja, sales Dyan dah capai RM5 juta. Pernah Dyan capai RM600,000 sales sebulan! Jual bengkung jer.. 

Antara benda betul yang dia buat ialah start fokus pada cara nak buat pemasaran dalam online, dia betulkan cara dia tarik pelanggan, dia betulkan diri sendiri dengan buang ego dan buang sombong dalam kelas.

Lepas join kelas, dia tak sangka dia yang bisnes yang hanya jual produk orang, boleh buat jualan yang bagus. Sampaikan, sekarang ni dia dah jadi salah seorang top leader dengan dah ada team dan office sendiri. 

Lagi satu benda best yang dia dapat, bila keluarga kandungnya, mula terima Dyan walaupun dia masih kekal beragama Islam. Tanpa keyakinan yang bulat bahawa Allah Maha Pemurah, tak mungkin Dyan rasa dia boleh kembali kepada keluarganya.. 

Dan dia tak sangka, dia kini boleh kumpul duit untuk bina rumah yang dia pernah impi untuk keluarga kandungnya. Dia sangat bersyukur dan tak sangka dengan rezeki yang dia dapat. 

Kita tak perlu lahir kaya untuk menjadi kaya. Kita tak perlu lahir dalam keluarga senang untuk menjadi senang. Apa yang kita perlu ada adalah keazaman, ilmu, keyakinan kepada Allah. Kalau Dyan tak mula untuk ada ilmu, bila lagi dia dapat berubah jadi seperti hari ini. 

Diana Dyan dah tunjukkan pada kita macamana kita boleh ubah keadaan kita yang paling susah dalam hidup, bertukar jadi lebih senang.. 

Terima kasih kepada ustaz yang bantu guide beliau, terima kasih kepada Najib Asaddok yang tunjuk jalan dia untuk jadikan bisnes dia mampu bahagiakan anak-anak dan keluarga kandungnya. Terima kasih kepada kawan-kawan Dyan yang support dia untuk terus berada dalam Islam..

Satu lagi yang korang kalau nak bisnes korang boleh meroket seperti Dyan, korang patut try masuk Kelas Roket Pemasaran Momentum (RPM) secara online pada 13 dan 14 Mac 2021 sebab kelas ni totally ditaja sendiri oleh Najib Asaddok yang sepatutnya bernilai RM10,000.

Korang tengok sendiri macamana Dyan yang hanya jual produk orang lain, boleh dapat sales RM600,000 sebulan.. Macamana Dyan boleh buat? Jawapan dia ada dalam Kelas RPM.. 

Info lanjut Kelas Roket Pemasaran Momentum (RPM) Tarik 10X Ganda Lebih Ramai Pelanggan, ada di www.naktarikpelanggan.com 

Website Nak Tarik Pelanggan www.naktarikpelanggan.com
Emel: [email protected]
Hotline: 07-7717296 @ wasap.my/60108048800
Facebook Najib Asaddok
Instagram Najib Asaddok

 

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)