Siakap Keli

(Video) “Kantoi…”, Gelagat Comel Tunku Azizah ‘Curi-curi’ Makan Dirakam Kamera Bikin Netizen Terhibur

Rasanya semua warganet sudah agak ‘kenal’ dengan peribadi raja permaisuri kesayangan kita, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang dikenali dengan sikap rendah dirinya.

Selain cukup rajin memasak di dapur, baginda Tunku Azizah juga sering menampilkan keperibadian yang sangat berjiwa rakyat dan ianya dibuktikan melalui akuan Instagram rasminya, airtangan_tunkuazizah.

Tidak terlalu berprotokol pada waktu di luar urusan rasmi, baginda sebaliknya menjadikan media sosial sebagai laman interaksi terbuka. Ini sudah tentu akan lebih merapatkan lagi hubungan antara kerabat diraja di istana dengan rakyat jelata.

Terbaharu, baginda ada berkongsi satu hantaran di Instagramnya hari ini yang memaparkan video reaksi ‘selambanya’ apabila ‘terkantoi’ curi-curi makan di depan kamera. Tidak mahu cakap banyak, jom tonton video yang cukup menghiburkan hati ini.

Apa kata warganet

Meskipun potongan video itu hanya beberapa saat sahaja, namun keletah baginda Tunku Azizah yang ‘terkantoi’ apabila dirinya dirakam kamera sangat mencuit hati warganet.

Ramai yang memuji baginda kelihatan sangat comel.

“Comel je tuanku curi-curi makan kat belakang..”

“Curi-curi makan pun comel..”

Sumber: Instagram airtangan_tunkuazizah

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'