Siakap Keli

“Kamilah Geng Bas Sekolah,” Ini Wajah Terkini Watak-Watak Utama GBS Yang Mungkin Korang Rindu

Kalau sebut je drama kanak-kanak yang berjudul ‘Geng Bas Sekolah’ pasti ramai yang terngiang-ngiang lagu drama ini kan? Mungkin ada yang masih ingat terutamanya barisan pelakon kanak-kanak semasa itu. Ye, tidak dinafikan drama ini menjadi kesukaan ramai waktu dahulu.

Sudah pasti usia mereka sudah meningkat remaja. Semakin kacak dan semakin cantik, buat korang yang tertanya-tanya ‘Geng Bas Sekolah’ musim pertama ini dibintangi oleh Alif Jefri, Wan Farah, Athan Lee, Sharizad dan Luv’an ya Rowland.

Jadi, hari ini SK nak kongsikan wajah-wajah terkini mereka untuk korang lepaskan rasa rindu.

1. Luv’an-ya Rowland

Watak yang diminati ramai iaitu watak Tanusha. Ini wajah terkini ‘Tanusha’. Semakin cantik dan semakin jelita.

 

2. Alif Jefrey

Memegang watak sebagai Amin yang paling kacak dan ketua untuk GBS.

3. Ethan Lee

Siapa yang tidak kenal dengan kelucuan Chua. Dalam GBS Chua dikatakan paling muda dan mempunyai idea yang sangat kreatif.

4. Sharizad Shazuddin

Memegang watak sebagai Jinak. Jinak merupakan anak orang kaya dan sangat mahir dalam bidang teknologi.

5. Wan Farah Auni

Memegang watak sebagai Melly dalam GBS. Melly merupakan ketua kelas dan seorang kakak dalam ahli kumpulannya. Ini wajah terkini Melly atau nama sebenarnya Wan Farah Auni.

Sumber: Missmynah

 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang