Siakap Keli
ambulans jatuh gaung
Sumber: Sinar Harian

Ambulans Jatuh Gaung, Mangsa Cedera Berjaya Diselamatkan

Ambulans Jatuh Gaung, Mangsa Cedera Berjaya Diselamatkan

Sebuah ambulans terbabas sebelum jatuh ke dalam gaung setinggi kira-kira enam meter di Simpang Tiga Sungai Lui Jalan Sungai Lalang, pada Sabtu.

Difahamkan, ambulans terbabit dalam perjalanan menuju ke acara perlumbaan basikal di Jalan Genting Peres, Semenyih dari Ipoh, Perak.

Bagaimanapun, tiada kematian dilaporkan, dan dua individu yang cedera berjaya diselamatkan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan insiden itu sekitar jam 2.07 petang.

Menurut beliau, lima anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih dan sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian bagi tugas menyelamat.

“Pemeriksaan mendapati kemalangan melibatkan dua mangsa yang berada dalam ambulans termasuk pemandu.

“Kedua-dua mangsa merupakan lelaki tempatan berusia 30 tahun dan seorang wanita tempatan berusia 21 tahun,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Tambah beliau, kedua-dua mangsa cedera ringan dan tiada mangsa yang tersepit dalam nahas tersebut.

“Kesemua mangsa berjaya dibawa naik dengan selamat,” ujarnya.

BACA: Penunggang Motosikal Maut, Rempuh Kereta Berhenti Mengejut Elak Langgar Wanita

Sumber: Sinar Harian

Sharifah Hannah Adibah