Siakap Keli

TERKINI: Status PKPB Pulau Langkawi Kini Bertukar Ke PKPP -Ismail Sabri

Menerusi sidang media hari ini, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri, memaklumkan bahawa status Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Langkawi kini bertukar kepada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Menurutnya, status PKPP di pulau itu akan berkuatkuasa bermula pada esok (10 Mac).

“Ini memandangkan Pulau Langkawi telah bertukar menjadi zon hijau dan kes terakhir direkodkan adalah pada 20 Februari 2021 iaitu sebanyak 2 kes,” katanya.

Walau bagaimanapun, negeri Kedah masih kekal dengan PKPB.

“Kerana ia merupakan pulau pelancongan, jadi kebenaran Gelembung Pelancongan Bersasar domestik juga terpakai untuk Pulau Langkawi,” katanya.

Beliau sebelum itu memaklumkan mengenai Gelembung Pelancongan Bersasar yang membenarkan pergerakan pelancongan dari negeri di bawah PKPP berkuatkuasa esok (10 Mac).

Sumber: RTM

Sofea

There's always another side to every story