Siakap Keli
Gambar: Azrul Roshdi

Tuan Rumah Ini Kongsi Rahsia Macam Mana Nak ‘Pancing’ Bakal Penyewa Sewa Rumah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Dalam proses mencari rumah sewa, kita mestilah akan lebih cenderung untuk memilih rumah yang paling sempurna kan?

Selain faktor nilai sewaan yang mengikuti ukuran ‘poket’ kita, keselesaan juga menjadi faktor penting kenapa sesebuah rumah sewa itu berada dalam senarai pendek kita.

Kebiasaannya, ada tuan rumah yang menyediakan rumah sewa kosong. Ada juga yang telah memenuhkannya dengan perabot-perabot asas atau lebih dikenali dengan terma ‘fully furnished’.

Jika kita adalah seorang tuan rumah, bagaimanakah caranya untuk kita ‘memikat’ bakal-bakal penyewa yang sedang mencari kediaman terbaik mereka?

Warga group Tukang Apa Hari Ini (TAHI), Azrul Roshdi yang juga merupakan tuan rumah sewa ada berkongsi tiga tips penting bagaimana kaedah terbaik mahu memikat bakal penyewa. Mari ikuti perkongsian ini.

Gambar sekadar hiasan | Kredit: Google

Pengalaman lima tahun urus sembilan bilik sewa 80% occupancy untuk professional/executive/weekend husband. Walaupun bukan area KL, Selangor.

Ada kat group TAHI yang biasa menguruskan rumah sewa sendiri?

Ni pengalaman saya sendiri dari supervise projek bina bilik sewa sampai ke hari ini dah lebih 50 penyewa kami deal.

Gambar kat bawah ini saya sendiri setelkan kemas untuk penyewa baru masuk. Penyewa bilik ini sebelum ini stay selama hampir dua tahun.

Kat sini saya nak kongsi antara perkara penting yang selalu orang pilih masa nak cari bilik sewa.

1. Iklan

Iklan ni nak bagi orang nampak secara pantas terus berkenan nak view.

Gambar berkualiti, high resolution, dimension yang betul untuk platform yang digunakan. Saya guna mudah, dimension gambar dia square.

Tajuk yang tepat. Keyword macam (single room untuk lelaki bujang) (muslim only). Makin tepat iklan, makin mudah tapis penyewa.

2. Pengalaman viewing yang best

Ya, saya akan pastikan penyewa untuk datang dan rasai sendiri apa yang kami bagi. Kami memang nak bawak pengalaman ‘datang bawak beg jer’.

Bila dorang datang dan tengok apa yang ada, dorang boleh bandingkan sendiri apa yang dorang cari.

Contoh: kami pakai sistem access card dan fully furnished. So, penyewa dah tahu apa yang ada dan confident dengan apa yang ada di iklan.

3. Jaga customer service

Ya, bilik sewa memang bisnes. So jagalah penyewa tu macam mana kita nak customer servis yang baik.

Lagi pun customer service ni free jer. Ringankan mulut untuk senyum, bantu dorang cari rumah sewa. Ya, kita tolong promote rumah orang lain. Sebabnya, tak semestinya dia nak servis kita. Bisnes hadir bila ada solusi kepada masalah.

Macam kami, setiap dua minggu, ada service mencuci untuk jaga kebersihan penyewa. Kami ada manager/electrician untuk jaga welfare mereka. Kalau kerosakan atau viewing, semua manager uruskan. Kadang-kadang saya dalam untuk backup atau spot check.

Yang paling penting, sentiasa beri yang terbaik kepada orang yang berharap dari kita.

Sementara itu, Azrul turut berkongsi beberapa foto menunjukkan bagaimana beliau menyediakan ruang bilik sewa yang terbaik untuk penyewanya.

Salah satu masalah yang biasa ‘muncul’ di mana-mana kediaman adalah pertumbuhan kulat, tompokan putih dan sewaktu dengannya di ruang dinding.

Rumah sewa Azrul juga tidak lari daripada masalah ini. Maka dengan itu, Azrul turut berkongsi beberapa keping foto bagaimana beliau menghilangkan kesan tompokan di dinding bagi menjamin keselesaan para penyewa.

Gambar: Azrul Roshdi
Gambar: Azrul Roshdi
Gambar: Azrul Roshdi
Gambar: Azrul Roshdi

Selain itu beliau juga turut menitikberatkan kelengkapan asas lain seperti katil, tilam dan bantal satu set termasuk cadar, meja, kerusi serta pencahayaan yang sempurna.

Malah difahamkan, cadarnya juga akan ditukar setiap kali bertukar penyewa.

Gambar: Azrul Roshdi
Gambar: Azrul Roshdi
Gambar: Azrul Roshdi

Kalau tuan rumah sudah sediakan segala-galanya dengan cukup sempurna, penyewa manalah yang tidak berkenan kan?

Terima kasih tuan Azrul kerana mengambil berat tentang kehendak penyewa dan sudi berkongsi tiga tips penting itu tadi.

Sumber: Azrul Roshdi melalui Tukang Apa Hari Ini (TAHI)

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'