Siakap Keli

(Video) “Push..Push..Push..”, Hasrat Nak Buat ‘Lauk’ Terbatal, Lelaki Jadi ‘Pak Bidan Terjun’ Sambut Anak Ikan Pari Lahir

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Antara tangkapan yang menjadi idaman para kaki pancing ialah ikan yang bersaiz besar seperti ikan pari. Kalau dapat, tak masak asam pedas, mesti buat bakar sira cili.

Namun lain pula halnya seperti yang dialami oleh seorang warganet, MyScha Adruce ini apabila ikan pari yang termakan umpannya rupa-rupanya sedang menunggu ‘hari’ nak beranak.

Mungkin ‘timing’ yang agak tidak dijangka, si ibu ikan pari yang tertangkap ini bakal melahirkan anaknya pada bila-bila masa sahaja. Pendek kata, sedang ‘due’ lah.

Daripada niat asal nak bawa balik ke rumah untuk dimasak, terus tak jadi sebab perkara yang dirisaukan akhirnya berlaku jua. Tepat pada masanya, si ibu ikan pari itu ‘bersalin’ di depan matanya sendiri dan…dialah pak bidannya.

‘Pak bidan’ ini berkongsi pengalaman menariknya ini melalui satu rakaman video dan beberapa keping gambar di group Faceboook Masak Apa Tak Jadi Hari Ini semalam. Mari ikuti kapsyen dan video ini.

Tak jadi nak bawak balik masak. Tiba-tiba jadi pak bidan pulak. Comel baby dia. Bye-bye..Korang jangan makan umpan lagi tau..

 

Gambar: MyScha Adruce

Inilah si baby anak ikan pari yang baru dilahirkan itu. Comel kan?

Gambar: MyScha Adruce

Apa kata warganet?

Sementara itu, perkongsian lelaki ini menerima lebih 4,000 tanda ‘likes’. Semuanya berasa terkejut dan teruja apabila dapat melihat ikan pari melahirkan anak ‘depan mata’.

Dalam pada itu, ramai juga yang berkongsi pengalaman dan pendapat masing-masing mengenai kes ini.

Menurut warganet ini, jelasnya tidak semudah itu untuk kita boleh melepaskannya semula ke dalam laut. Tindakan itu sebenarnya tidak menjamin ikan berkenaan mampu terus hidup.

“Pantang elok-elok..”

Ada yang teringat masa zaman kecil-kecil dahulu.

Ada juga yang pernah ‘terlibat’ secara langsung, terbelah perut ikan pari yang ada benih di dalamnya.

Oh ya, semalam kan Hari Wanita Sedunia. Selamat Hari Wanita buat mak ikan pari ini.

Sumber: MyScha Adruce melalui Masak Apa Tak Jadi Hari Ini Official

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'