Siakap Keli
Gambar Hiasan Via Google

“Teringat Pulak Kat Dia”, Sebak, Wanita Berhati Mulia Kirim Gaji Pertamanya Dekat Bekas Suami, Walau Dah Lama Berpisah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bila ikatan rumah tangga sudah terlerai, sesetengah orang mungkin tidak lagi bertegur sapa dengan bekas pasangan kerana masalah yang dihadapi.

Pun begitu, ada juga yang masih mengekalkan hubungan yang baik walaupun sudah berjauhan.

Sama seperti kisah yang dikongsikan oleh Abu Hurairah Asifa di Facebook mengenai seorang wanita yang berhati mulia memberikan wang kepada bekas suaminya.

Ikuti perkongsiannya di bawah ini.

Saya nak ke Kuala Lumpur macam biasa. Menguruskan laptop dan komputer.

Singgah ke bank sekejap sebab kad atm kena “block” kerana saya lupa kata laluan.

Masuk je ke dalam bank, saya nampak seorang wanita di depan mesin atm. Gelisah nampaknya. Saya terus ke kaunter buat urusan.

Habis je urusan, nak keluar saya nampak wanita tu lagi depan mesin atm. Gelisah sama macam tadi. Allahu, kesian pula. Saya mendekati dia.

“Ya makcik, ada yang boleh saya tolong?”

“Oh. Ni makcik nak masukkan duit. Tapi tak tahu macamana”

“Oh. Nanti kalau tak tahu, makcik pergi ke kaunter pertanyaan tu. Mereka boleh bantu”

“Oh yeke? Makcik tak tahu. Ni orang tadi bagitahu pergi kat mesin ni. Pastu makcik nak buat pun tak tahu”

Itu je yang dia bagitahu.

“Ok, takpe. Sini nombor akaun. Saya tolong makcik ya”

Dia hulurkan sekeping kertas. Ada tertera nama dan nombor akaun.

“Nak bagi duit ke anak ya makcik?”

Dia pandang saya sambil senyum.

“Tak. Makcik nak bagi kat suami. Hari ni makcik dapat gaji pertama. Baru dapat kerja jadi guru kafa”

Allahu. Terharu dengar.

“Suami makcik duduk jauh ke?”

“Ya. Makcik dan dia dah pisah lama. Kat perlis sana duduknya. Ni dapat gaji, teringat pula kat dia”.

Sambil saya masukkan duit, hampir nak menitis airmata pun ada. Suami dah berpisah lama. Jauh di utara sana. Namun dapat nikmat, bekas suami dulu yang di ingatnya.

“Alhamdulilah. Dah makcik. Ni resit dia. Nanti makcik bagitahulah pakcik. Duit dah masuk”

“Takpelah. Malu nak cakap dengan dia. Nanti dia perlu, dia gunalah duit tu. Terima kasih ya nak”.

Isteri,

Makhluk Tuhan yang paling saya kagumi.

Hati mereka yang bersih, membuatkan hidup walau perih tapi dilalui tanpa letih.

Setiap hari, selalu di temukan dengan wanita yang menjadi bukti, Allah kekal dalam hati.

Menjadikan mereka itu manusia hebat dan kuat.

Allah, jagalah mereka yang di uji.

Mereka lah yang membina syurga buat anak dan suami.

#sweeterapi

Sumber: Abu Hurairah Asifa

Sofea

There's always another side to every story