Siakap Keli

(Video) Mak Terduduk Menangis Teresak-esak, Terharu Anak Buat “Surprise” Belikan Rantai Emas Besar

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Selagi masih bernyawa, setiap detik yang dilalui bersama ibu bapa perlu dihargai kerana mungkin ia menjadi momen yang akan dirindui kelak.

Bagi anak-anak, tiada apa yang lebih bermakna selain melihat ibu bapa gembira dan bangga dengan segala kejayaan yang diperolehi.

Jika ada rezeki lebih, berikanlah sebahagian dari rezeki itu kepada mereka agar kehidupan menjadi lebih berkat.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh Fathin Amira di TikTok, dia berkongsikan momen di mana suaminya yang menghadiahkan rantai emas kepada ibu mertuanya.

Rezeki seorang anak untuk mak, sebak tengok mil sedih terharu aihhh moga rezeki suami ku makin bertambah happykan maknya amin

@myraedora15

Rzki seorang ank utk mak😭sebak tgok mil sedih trhaquu aihhh moga rzki suami ku makin brtambah hppykn maknya amin🤲🏻 #rezeki_allah #supprisegift #fyp

♬ original sound – HARI❤️ – Founder hariday💖

Video itu menarik perhatian ramai kerana sebak melihat reaksi ibu mertuanya yang menangis dan memeluk suaminya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang sedih melihat momen tersebut dan juga berharap agar dapat berkongsi rezeki bersama ibu mereka kelak.

Sumber: Fathin Amira

Sofea

There's always another side to every story