Siakap Keli
Gambar: Kamek Miak Sarawak

Viral Foto Bujang Hitam, Buaya Gergasi Seberat Setengah Tan, Dipercayai Ditangkap Di Sg. Meranek, Sarawak

Negeri Sarawak sangat sinonom dengan haiwan reptilia ganas yang menghuni sungai-sungainya, iaitu sang buaya.

Dan jika kita mendalami sejarah dan geografinya, pasti ‘raja’ buaya Sarawak yang bernama Bujang Senang tidak asing lagi bagi kita.

Mengimbas kembali catatan sejarah, Bujang Senang pernah menggemparkan negara apabila sekitar Mei 1992 dahulu, seorang wanita berbangsa Iban dilaporkan telah menjadi mangsanya.

Namun tndakan ganas sang raja buaya itu akhirnya terhenti apabila sebanyak empat das peluru yang dilepaskan oleh penembak tepat polis dan pemburu Iban merobek tubuhnya sebelum ‘tersungkur’ mati rebah ke bumi.

Kisah kematian Bujang Senang ini adalah salah satu sejarah terbesar yang tersemat kemas dalam kehidupan orang Sarawak, lebih-lebih lagi suku kaum Iban.

Bujang Senang selepas ditembak mati | Kredit: I Love Borneo

Bujang Senang ‘kembali’..

Kini, legasi Bujang Senang kembali ‘muncul’ semula apabila ‘keturunannya’, Bujang Hitam pula didakwa muncul di sekitar sungai di negeri Puteri Santubong itu.

Kemunculan buaya gergasi Bujang Hitam ini dikongsikan dan dimuat naik di laman Facebook Kamek Miak Sarawak hari ini.

“Seekor buaya gergasi dikenali dengan nama Bujang Hitam sepanjang 16 kaki dan berat beranggaran setengah tan  berjaya ditangkap oleh pasukan Samarahan Crocodile Team Hunter di Sungai Meranek.

“Buaya ini dikatakan berjaya ditangkap setelah termakan umpan ayam yang telah dipasang,” jelas hantaran tersebut.

Turut sama dikongsikan adalah beberapa keping foto Bujang Hitam tersebut.

Gambar: Kamek Miak Sarawak
Gambar: Kamek Miak Sarawak
Gambar: Kamek Miak Sarawak
Gambar: Kamek Miak Sarawak

Sumber: Kamek Miak Sarawak / LIBUR

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'