Siakap Keli

(Video) Kerap Mengeluh Diri ’Single’, Sekali Dia Yang Kahwin Dulu Daripada ‘Member’ Lain

Jodoh dan pertemuan itu adalah sesuatu yang bukanlah boleh dijangka. Ianya sudah disusun oleh tuhan dan hanya menunggu masanya yang sesuai sahaja untuk kita bertemu dengan pasangan hidup kita.

Pun begitu, ada yang sering mengeluh kerana tiada kekasih. Manakan tidak, bila ajak rakan-rakan keluar sahaja, semua akan menolak kerana ingin dating dengan kekasih.

Namun begitu, jodoh dan pertemuan itu adalah suatu rahsia yang tidak boleh sesiapa pun jangkakan. Tiba-tiba sahaja, yang single tulah yang kahwin dahulu.

Seperti satu video TikTok yang dikongsikan oleh pengguna bernama @Piscesgirl0316 ini, rakannya yang pada sebelum ini sering mengeluh single, telah berkahwin dulu mendahului rakan-rakannya.

Berikutan dengan itu, video tersebut telah pun menjadi tular di media sosial. Sehingga kini video tersebut telah mendapat lebih 1 juta tontonan oleh warganet.

@piscesgirl0316

Emang jodoh gak ada yang tau

♬ original sound – haialiq🦋 – chan🧚🏻

Jadi pada anda yang mempunyai rakan-rakan yang single itu, jangan sangka mereka ni lambat kahwin pula ye. Better check rakan-rakan anda tu. Silap-silap diorang ni yang akan kahwin dulu daripada anda yang dah ada kekasih lama dah.

Sumber: @piscesgirl

Aqmal Ezany

I write what is right