Siakap Keli
Gambar Via Tribun Jabar

(Video) TERKINI: Bas Pelancong Bawa Pelajar Sekolah Dilapor Jatuh Gaung Di Indonesia, Sekurang-kurangnya 19 Orang Dikhuatiri Terkorban

Sebuah bas pelancongan yang membawa pelajar sekolah menengah dilaporkan mengalami kemalangan di Jalan Raya Wado-Malangbong, Kabupaten Sumedang, Indonesia pada malam ini.

Menurut Tribun Jabar, laporan awal menyebut kemalangan bas pelancongan Sri Padma Kencana itu mengakibatkan sekurang-kurangnya 19 orang dikhuatiri terkorban.

Pegawai polis, Iptu Adam Rohmat mengesahkan kemalangan bas itu dan pihaknya menerima laporan mengenai kemalangan tersebut sekitar jam 7 malam waktu tempatan.

Gambar Via Tribun Jabar

“Kami baru sahaja menerima laporan,” katanya kepada Tribun Jabar.

Berdasarkan laporan, bas itu membawa seramai 59 orang yang terdiri daripada pelajar SMP Cisalak Subang.

Kemalangan itu juga bermula ketika bas dari Malangbong, Garut, itu menuju ke Kabupaten Wado, bas itu terbalik dan jatuh ke dalam gaung.

Sementara itu,  mangsa kemalangan yang telah dikeluarkan dari bas itu  dilaporkan telah segera dibawa ke Pusat Kesihatan Komuniti Wado untuk menerima rawatan.

 

Sumber: Tribun Jabar

Sofea

There's always another side to every story