Siakap Keli
Gambar: The Sun

(Video) Wanita Dilaporkan Maut Dipercayai Akibat Dirempuh Dan Digilis ‘Backhoe’ Ketika Melintas

Seorang wanita menerima nasib malang apabila terkorban selepas digilis sebuah jentera korek dipercayai ketika melintas jalan sambil menggunakan telefon.

Lapor The Sun, polis pada awalnya menyangka mangsa yang berumur 61 tahun, dilanggar kenderaan ketika kejadian di Brooklyn, NYC itu.

Bagaimanapun, hasil semakan CCTV mendapati wanita malang itu dilanggar di kepala oleh kenderaan berat berkenaan ketika dia sedang melintas jalan.

Gambar: The Sun

Dalam video dikongsikan, kelihatan wanita itu seakan memeriksa telefonnya ketika jentera itu sedang berundur.

Menurut portal itu, pemandu jentera dan rakan sekerjanya dipercayai tidak menyedari kewujudan mangsa dan dilihat beredar di situ, meninggalkan jasad mangsa yang tidak bergerak di atas jalan.

Pihak polis telah menerima laporan pada jam 2.20 petang waktu tempatan sebelum wanita itu dibawa ke hospital. Bagaimanapun, dia disahkan telah meninggal dunia, lapor portal berkenaan.

Susulan itu, wakil syarikat pemilik kapal korek itu telah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa. Jelasnya, kontraktor sedang melakukan kerja pembinaan pada waktu tragedi itu berlaku dan mendakwa siasatan sedang dijalankan.

Sumber: The Sun

Amira

Love yourself.