Siakap Keli

Ramai Yang Salah Tafsir Maksud Sebenar COD, Giliran Adibah Noor Bagi Penjelasan

Kita semua tahu perkataan COD atau ‘Cash on delivery’. Para penjual atas talian juga banyak menyebut “boleh COD”, “boleh COD”. Tetapi sejauh mana orang kita tahu makna COD itu?

Sebelum korang dengar bebelan di bawah, korang kena faham bahawa penjual ada hak untuk minta cas kos kenderaan pada pembeli jika pembeli menentukan sesuatu tempat. Ya, tidak dinafikan kos petrol juga dikira dalam situasi ini selain daripada tenaga dan masa.

Janganlah kita selalu minta diskaun kepada penjual, mereka untung berapalah sangat. Jadilah pembeli yang sentiasa bertimbang rasa.

Menerusi status laman Twitter selebriti terkenal, Adibah Noor memberi penjelasan tentang maksud COD yang sebenar.

Abang, adik, kakak,

Ketahuilah bahawa COD itu bermaksud: Cash On Delivery. Maksudnya.. bayar ketika barang dihantar/diterima.

Ia tidak bermaksud “hantar”, bukan bermaksud “bayar dulu baru hantar”.

Hantar = deliver COD: Cash On Delivery – bayar bila barang diterima.

Sekian.

Selain itu, penjual juga akan menentukan lokasi dan masa untuk berjumpa bukan pembeli yang menetapkan segalanya.

Sumber: Adibah Noor

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: