Siakap Keli

(Video) “Kami Yang Muda Jadi Malu,” Pak Mad Hilang Penglihatan Tetap Setia Ke Masjid Laung Azan Merdu

Ada sesetengah orang yang diuji dengan keadaan fizikal yang tidak sempurna namun itu tidak menjadi penghalang untuk mereka terus menjalani kehidupan ini dengan semangat yang positif.

Baru-baru ini tular dalam kalangan warganet di Indonesia mengenai seorang muazin bernama Pak Mad dari Banyuwangi kerana semangat yang ada pada dirinya yang sentiasa pergi ke masjid walaupun mempunyai masalah cacat penglihatan.

Menurut Liputan6, tidak diketahui sejak bila warga emas itu telah menjadi muazin di Masjid Baitul Muttaqin, Desa Kalipait, Tegaldlimo, Banyuwangi tetapi dia kini sering dilihat di masjid itu.

Tidak cuma itu, suaranya yang merdu serta semangatnya yang mengatasi batasan fizikal juga menjadi perhatian warganet.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh seorang pengguna Twitter, Pak Mad dilihat sedang melaungkan azan di masjid dengan tangannya berpaut pada dinding.

Sehingga kini, video itu telah mendapat sebanyak 85.3 ribu tontonan di Twitter.

Sumber: Liputan6, Ayung_N

Sofea

There's always another side to every story