Siakap Keli

(Video) Kemas & Elok, Tulisan Tangan Lelaki Ini Macam Pakai Komputer Buat Netizen Kagum

Sekali pandang macam guna pembaris je tulisan lelaki ini. Memang menakjubkan. Tulisan yang seperti ‘font’ di komputer itu memang membuatkan netizen terpukau sehinggakan ada yang terus nak siapkan kerja sekolah.

Rakaman video yang dikongsikan menerusi aplikasi TikTok ini mendapat tnada suka lebih dari 1.4 juta dan 1.9 juta tontonan. Nah, kali ini korang tengok sendiri tulisan lelaki ini.

Cantik kan tulisan dia, kalau kita mesti ada yang tulis senget, condonglah dan ada juga cakar ayam.

@bakuhantamskuy_

Balas @j.hana000 nggak make penggaris 🙏😊 #fypシ #fypdongggggggg #fypシ゚viral #yakinfyp

♬ original sound – noy – anoy

Rata-rata netizen memberikan komen teruja dan kagum dengan tulisannya.

“Kalau guna pen yang kita suka mood kita tu lain macam”

“Macam pakai PC”

“Sampai kat aku bukan setakat cakap ayam, cakar lembu”

 

Sumber: Tiktok Bakuhantamskuy

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang