Siakap Keli

“Tak Sangka Ada Orang Tinggal Tempat Begini..” 30 Tahun Huni Rumah Hampir Roboh Dan Reput, Ebit Lew Bakal Buat Rumah Baru Untuk Keluarga Ini

Ebit Lew, insan hebat yang dikenali ramai ini tidak pernah mengenal erti penat dalam menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Tak kira di mana ceruk sekalipun, beliau pastinya turun padang membantu.

Bantuan yang dikirimkan pula tidak mengira perbezaan agama, warna kulit mahu pun taraf kehidupan. Selagi terdaya, selagi itu ‘hero’ ini akan terus berkhidmat kepada masyarakat.

Menerusi hantaran terbaharu di Facebook, Ebit Lew tampil membantu sebuah keluarga daif. Sungguh perit melihat keadaan keluarga tersebut yang tinggal di rumah yang sudah hampir roboh dan reput.

Sayu rasa hati. Hati mana tak sedih melihat rumah begini di Kg Alor Bakat Bachok. Tiada bilik. Tandas di luar. Bilik cuma dipisahkan dengan kain. Bekerja kampung sahaja.

Bawah rumah bela kambing. Dah 30 tahun di rumah ini. Rumah macam nak roboh dan bilik semua kayu reput. Atap lantai terlalu uzur. Tak sangka ada orang tinggal tempat begini.

Saya akan buatkan rumah baru untuk makcik ini. Rumah 3 bilik. Kos dalam Rm30 ribu ke 40 ribu. Terus ke hardware beli barang untuk buat rumah baru sebelah belakang.

Kak Raja Anita akan cari beberapa orang untuk buat rumah ini termasuk tuan rumah sendiri akan menyiapkan rumah ini.

 

Syukur saya dimaklumkan JKM ziarah dan dah luluskan baru ini Rm750 bantuan untuk 5 orang anak. Seorang rm150.

Terima kasih JKM. Terima kasih JKM dan Zakat. Terima kasih Yb dan Ketua Kampung. Terima kasih semua NGO. Terima kasih Kak Raja Anita Raja Mukhtar dan team Kelantan. Terima kasih yang bersama saya semuanya.

Sumber: FB Ebit Lew

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.