Siakap Keli
Gambar: @Tjark

(Video) Kelajuan Hanya 43 Km/j, Ini Yang Terjadi Pada Kereta Jika Dirempuh Di Antara Treler

Satu video yang memaparkan sebuah treler ‘menghentam’ sebuah kereta yang berhenti di belakang sebuah lagi lori telah menjadi tular.

Berdasarkan daripada video tersebut, dapat dilihat bahawa amat merbahaya sekiranya memberhentikan kenderaan anda terlalu dekat di belakang sebuah lori.

Ini kerana, sekiranya kenderaan anda dilanggar pada bahagian belakang, kenderaan anda akan terus termasuk ke bawah lori di hadapan anda seperti yang dapat dilihat dalam video berkenaan.

Menerusi video tersebut, lori treler yang menghentam kenderaan tersebut hanya dipandu selaju 43  Km/J sahaja. Namun impaknya kelihatan sangat merbahaya.

Video tersebut telah menjadi tular di media sosial TikTok. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 11 juta kali.

@tjark_98

#fyp #viral #foryou

♬ Astronaut In The Ocean – Masked Wolf

Warganet yang menonton video tersebut rata-ratanya risau dengan insiden berkenaan sekiranya betul-betul terjadi.

Sumber: @Tjark

Aqmal Ezany

I write what is right