Siakap Keli

(Video) Wanita ‘Tukar’ Laman Rumah Jadi Bendang & Tanam Padi Untuk Stok Makanan Keluarga

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu, pasti ramai yang ‘meneroka’ sesuatu yang baharu semasa berada di rumah.

Manakan tidak, sangat banyak waktu yang terluang dan boleh diisi dengan aktiviti yang boleh memberikan manfaat.

Sama seperti yang dikongsikan oleh Cammy Jaemes mengenai tanaman yang ditanam oleh keluarganya.

Menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, Cammy menunjukkan hasil tanaman padi yang telah ditanam di halaman rumahnya.

@cammymakeup

Nah gara2 pkp Mamy sy rindu mau tanam padi d kampung.. tetanam pula di tempat joging kami🤣 #padi #kotakinabalusabah

♬ original sound – Rosalind_gitrus – Rosalind_gitrus

Dihubungi SK, Cammy yang tinggal di Sabah berkata bahawa padi itu ditanam untuk dimakan oleh keluarganya, bukan untuk dijual.

“Untuk makan sendiri sebab padi di halaman rumah itu kecil saja,” katanya.

@cammymakeup

Reply to @blackmoon200 ni ja video yg ada 🙈 #padi #sabahan @sakura168_ @teesalon

♬ original sound – Rosalind_gitrus – Rosalind_gitrus

Menurutnya, ketika padi itu ‘berumur’ sebulan, rumput di bahagian bawah  perlu dibuang supaya padi itu dapat membesar tanpa rumput dan dibiarkan saja tumbuh hingga sekarang.

Tambahnya lagi, mereka menanam padi itu bagi mengisi kerinduan pada kampung kerana kebiasaannya mereka akan menanam padi setiap tahun.

Kini, mereka semua berada di Kota Kinabalu kerana bekerja di situ.

Sumber: Cammy Makeup

Sofea

There's always another side to every story