Siakap Keli

(Video) Lapar Tapi Takmau ‘Minta’, Aksi Oyen ‘Protes’ Minta Makan Dengan Ketuk-ketuk Mangkuk Bikin Terhibur

Oyen memang terkenal dengan perangai ‘suka buat hal’. Sebut je masalah apa yang tak pernah Oyen buat, semua dia dah ‘tapau’.

Dari senakal-nakal suka gaduh dengan kucing jiran, Oyen juga selalu melakar sejarah tersendiri apabila dirinya tular di media sosial setelah tersangkut di atas pokok kelapa sampai abang bomba yang kena tolong.

Selain itu, Oyen juga cukup terkenal dengan perangainya yang sentiasa lapar. Ada saja ‘trick’ yang dibuatnya semata-mata nak pastikan tuannya beri makan ‘on time’.

Sebut tentang makan, tular lagi video yang menunjukkan gelagat si Oyen yang konon-konon ‘protes’ nak minta makan tapi taknak cakap. Jom tengok video ini.

Sumber: Rizal Hakim

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'