Siakap Keli
Gambar: Bernama

(Video) ‘Voice Note’ Dakwaan Polis Saman Pemandu Pakai Cermin Mata Gelap Di ‘Roadblock’ Yang Tular Di WhatsApp Adalah Tidak Benar – PDRM

KUALA LUMPUR, 18 Mac – Rakaman suara (voice note) yang tular berkenaan dakwaan pihak polis saman pemandu kenderaan yang memakai cermin mata gelap tanpa masalah penglihatan adalah palsu.

Timbalan Pengarah 1, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Datuk Mohd Nadzri Hussain menegaskan, dakwaan tersebut adalah tidak benar dan tidak berasas sama sekali.

“Tiada peruntukan undang-undang menyatakan memakai cermin mata gelap semasa memandu kenderaan adalah merupakan suatu kesalahan.

“Orang ramai digesa menghentikan sebarang penyebaran mesej tidak benar dan sentiasa memastikan kesahihan sesuatu mesej tersebut sebelum dimuat naik atau berkongsi di laman sosial dan sebagainya,” tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Difahamkan, rakaman suara tersebut yang tular di aplikasi WhatsApp akhir-akhir ini berbunyi seperti berikut,

Info kepada pemandu kereta atau lori yang memakai cermin mata gelap atau (berjenama) Rayban tanpa masalah penglihatan yang melalui sekatan jalan raya, pihak polis akan mengenakan saman sebanyak RM500 dan tiada kompaun,” jelas rakaman dakwaan tersebut.

Malah pemilik suara yang merakam dakwaan tersebut turut menyatakan bahawa dirinya telah disaman atas kesalahan itu.

Sumber: PDRM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'