Selalu buat hal yang pelik-pelik, kenakalan kucing berwarna oren sememangnya telah diketahui.
Pun begitu, title ‘kucing paling nakal’ nampaknya bakal diberikan kepada kucing berwarna kelabu ini.
Walaupun tubuhnya kecil sahaja namun ia sangat aktif sehingga tersangkut di jaring besi.
Menerusi video yang dimuatnaik oleh Emr_rfiqi di TikTok, kucing itu dilihat bagaikan sudah ‘pasrah’ dengan nasib kepalanya yang tersangkut itu.
Lebih ‘menggeramkan’, ia tidak memberikan sebarang reaksi dan hanya melarikan diri apabila berjaya dikeluarkan dari jaring itu.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terhibur dan ‘geram’ melihat kucing kelabu itu.


Sumber: emr_rfiqi