Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kes penemuan ular di dalam mangkuk tandas pastinya menjadi mimpi ngeri individu yang pernah mengalaminya. Bayangkan dalam keadaan kelam kabut ingin melangsaikan hajat di tandas, tiba-tiba ada pula kepala yang dikenali menjengah dari lubang. Lagi-lagi jika ia spesies ular berbisa ataupun ular besar yang pastinya berbahaya. Terbatal niat dibuatnya.
Menerusi laman Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia, pihak mereka telah menerima aduan ‘kemunculan’ seekor ular sawa berukuran 12 kaki (anggaran 3.65 meter) di dalam sebuah mangkuk tandas dipercayai di Iskandar Puteri.
Dalam gambar dikongsikan, kelihatan haiwan itu melingkar di dalam mangkuk tandas di mana sebahagian lagi badannya berada di dalam paip kumbahan, memaksa pihak bomba memecahkan paip tersebut bagi mengeluarkan reptilia berkenaan.



Rata-rata netizen meluahkan rasa gusar melihat kejadian berkenaan.


