Siakap Keli
Gambar: Bernama

Perlu Ambil Tahu, Ini Perbezaan Kontak Rapat Dengan Kontak Kasual

Umum telah mengetahui bahawa negara kini sedang dilanda dengan wabak pandemik COVID-19.

Ekoran daripada itu, kita semua telah diajar untuk hidup dalam norma baharu yang membataskan sentuhan kerana khuatir bahawa virus maut ini mungkin menjangkiti diri kita.

Walaupun begitu, tidak boleh dijangka sekiranya virus ini menjangkiti diri kita. Ini kerana, walau segala langkah pencegahan seperti menggunakan pelitup muka dan kerap membasuh tangan dilakukan, tahu-tahu sahaja orang disekeliling kita tanpa sedar telah menjangkiti kita.

Dan secara tidak langsungnya kita telah menjadi sebagai salah satu kes kontak rapat dengan orang yang menjangkiti kita itu. Dan apabila kita keluar contohnya ke pasar atau ke mana sahaja, perkara tersebut telah membuatkan orang di sekeliling kita menjadi kontak kasual.

Namun begitu pasti ramai yang tertanya-tanya tentang apakah perbezaan diantara kontak rapat dan kontak kasual ini.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi laman Facebook rasminya ada menjelaskan berkenaan perkara tersebut.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti infografik yang dikongsikan seperti berikut:

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Aqmal Ezany

I write what is right