Siakap Keli

(Video) Sebak, Kelibat Maskot Duduk Tepi Jalan Bersama Budak Rupanya Nenek Tua, Cari Rezeki Sara Keluarga Dan Suami Sakit

Sebuah video yang menyaksikan seseorang memakai maskot dan duduk bersama seorang kanak-kanak lelaki telah tular di Indonesia baru-baru ini, lapor Tribun News.

Video yang dimuatnaik di TikTok oleh seorang wanita itu juga memperlihatkan mereka sedang duduk di jalan di hadapan sebuah pasar mini.

Dua wanita yang berada dalam kereta dilihat turun untuk mengagihkan beras kepada mereka.

Pada mulanya, dia tidak mengetahui siapa di dalam maskot tersebut namun terkejut melihat wanita tua setelah kepala maskot itu dibuka.

“Ya Allah, hati saya menangis melihat mereka, ternyata kami mendekati seorang nenek dan cucunya yang berjuang untuk mencari rezeki pada waktu malam,” kata wanita itu menerusi TikTok.

@yuhdimakeup

♬ alloh alloh – Dany

Menurut Tribun News, wanita yang bernama Maryani itu berkata bahawa sedang mengedarkan beras di sekitar Banjarbaru, Kalimantan Selatan sebelum menemui nenek tua dan cucunya itu.

Dalam pada itu, wajah nenek itu kelihatan sangat gembira apabila diberikan beras dan sejumlah wang.

Nenek itu juga dikatakan bekerja keras kerana juga menyara suaminya yang sedang sakit.

“Suami nenek lumpuh di rumah, jadi dia tidak dapat bekerja lagi,” kata Maryani.

Ramai yang sedih setelah melihat video itu dan mendoakan agar nenek tersebut dan cucunya selalu dimurahkan rezeki.

Sumber: Tribun News

Sofea

There's always another side to every story