Siakap Keli
Foto: Ina sarinah

3 Ekor Oyen Belasah Ular Yang Cuba Masuk Rumah Sampai ‘Lunyai’

Semenjak dua menjak ini, banyak kisah kucing yang berwarna oren jadi tumpuan ramai. Tambah-tambah lagi dengan gelaran ‘oyen’ telah menceriakan paparan di media sosial anda.

Bagaikan menjadi penghibur buat pencinta kucing di luar sana, ada sahaja kisah lucu dan nakal kucing ini dikongsikan hingga menjadi tular.

Terbaharu, ‘Oyen & Geng’ telah curi tumpuan ramai apabila mereka berjaya ‘berlawan’ dengan tiga ekor ular yang ingin memasuki kawasan rumah tuannya.

Menurut Ina sarinah menerusi statusnya berkata dia bersyukur kucing-kucing orennya ini seakan memberi kebaikkan kepada dia dan keluarga kerana lunyai ular-ular tersebut dikerjakan ‘dak-dak Oyen’.

Alhamdullilah, ada kebaikkan bela kucing #oyen lunyai ular ni dikerjekan Dak oyen … Ular yang ke-3 oyen-oyen tangkap. Tengah hari ni kita belanja ayam goreng.

Sementara itu, rata-rata netizen puji kehebatan Oyen dan rakan-rakan menangkap ular tersebut.

“Betul-betul abam kawasan”

“Jadi roti canai kena lambung-lambung”

“Dasyat masfia oyen 1 battalion”

 

Sumber: Ina Sarinah

Sebut Sahaja ‘Tokyo’ Terus Terbayang Kota Metropolitan, Rupanya Ada Keindahan Alam ‘Tersembunyi’

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.