Siakap Keli

Ini Cara Nak Buat Tuntutan Jika Kemalangan Berpunca Dari Jalan Berlubang Atau ‘Manhole’

Kemalangan  memang tidak dapat dielakkan. Tapi tahukah anda jika anda terlibat dalam kemalangan yang berpunca daripada lubang-lubang atau manhole di atas jalan raya, anda boleh membuat tuntutan kepada pihak yang bertanggungjawab.

Perkara ini dikongsikan oleh Brotherhood Kuantan iaitu salah satu sukarelawan yang sentiasa memastikan jalan raya di Malaysia terutama di Kuantan.

Ini 6 langkah yang anda perlu tahu cara nak buat tuntutan tersebut.

Sini aku ajar macam mana korang nak buat tuntutan sekiranya terlanggar lobang atau manhole yg tak diselenggara dan sebagainya…

1. Pergi balai polis (trafik) dan buat report, dalam report tu tolong nyatakan SALAH SATU TUJUAN REPORT INI DIBUAT ADALAH UNTUK KEMUKAKAN TUNTUTAN PADA PIHAK YANG BERTANGGUNGJAWAB.

2. Amek gambar kecederaan pada tubuh badan incase ada cedera. Gambar ambil dalam keadaan hp melintang.

3. Amek gambar kerosakan pada kenderaan. Gambar ambil dalam keadaan hp melintang.

4. Amek gambar lubang, manhole atau apa apa yang sebabkan kerosakan pada kenderaan. Gambar ambil dalam keadaan hp melintang.

5. Kepilkan SEMUA resit yg berkenaan. Resit hospital, klinik, bengkel, towing, kereta sewa atau seangkatan dengannya.

6. Pergi pada pejabat pemilik laluan dan buat tuntutan, just follow diorg punya t&c, isi form yg perlu.

Korang nak tau mcm mana nak check siapa pemilik laluan?? Kau bukak google map atau waze, kebiasaannya kalau laluan tu ada remark colour kuning, bawah tonggengjawab JKR, kalau laluan taman perumahan kebiasaannya tonggengjawab PBT means MBK laaa dekat kuantan ni…

Incase diorg tolak menolak tanggungjawab diorang masa kau submit dokumen, kau bagitau dekat diorg Brotherhood Kuantan kirim salam, kau pm tepi dkt sini, kitorg akan cuba bantu.

Sumber: BH Kuantan

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)