Siakap Keli

Siapa Kata Orang Berdiet Tidak Boleh Makan Malam? Ini 9 Makanan Sesuai Di Malam Hari

Bagi yang sedang berdiet, pastinya anda sering runsing dengan diet makan malam anda. Anda mungkin tidak tahu apakah jenis diet untuk kurus yang sesuai untuk diamalkan.

Malah, ada juga yang terus meninggalkan waktu makan malam mereka dan hanya makan pada waktu siang sahaja.

Adakah cara ini tepat jika mahu menurunkan berat badan?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkan di sini.

Tidak makan malam cara terbaik?

Semua individu mengetahui bahawa makan malam adalah antara waktu makan utama bagi manusia setiap hari.

Sepertimana pentingnya sarapan pagi, begitu jugalah pentingnya makan malam kepada manusia.

Namun, ramai yang memilih untuk tidak makan malam bagi menjaga berat badan mereka.

Adakah cara ini adalah cara yang terbaik? Sudah tentu tidak. Waktu makan malam bukanlah faktor utama yang meningkatkan berat badan seseorang.

Tetapi jenis makanan yang anda makan setiap hari itu yang sebenarnya menyebabkan kegemukan.

Antaranya ialah makanan berlemak, bergoreng, berminyak dan bergula.

Apakah diet makan malam yang sesuai untuk diamalkan?

Anda masih boleh makan malam seperti biasa, namun, anda perlu menentukan jenis makanan yang anda ingin ambil sebagai diet untuk kurus.

Antara diet makan malam yang boleh anda ikuti adalah seperti berikut:

Diet makan malam 1

diet makan malam

Anda boleh membakar atau memanggang ikan seperti ikan cencaru atau kembong dan hidangkannya bersama air asam.

Selain itu, hidangkan juga segenggam nasi dan sayur brokoli yang telah dikukus atau dicelur dalam air panas.

Diet makan malam 2

Perapkan potongan dada ayam bersama sos kegemaran anda.

Antara sos yang boleh anda gunakan adalah seperti sos teriyaki atau sos barbeku.

Setelah diperap, panggang potongan ayam tersebut di atas pemanggang sehingga masak.

Hidangkan bersama sayur bayam yang ditumis bersama minyak zaitun dan juga bawang putih.

Hidangkan juga segenggam nasi sekiranya anda mahu.

Diet makan malam 3

Sediakan segenggam nasi sebagai sumber karbohidrat utama.

Kemudian, sediakan kerabu udang atau makanan laut lain yang anda gemari.

Udang perlulah dicelur atau dikukus terlebih dahulu sebelum dijadikan kerabu.

Masukkan lebih banyak sayuran untuk menyedapkan lagi hidangan kerabu anda.

Tambahkan sedikit sos ikan bagi menaikkan rasa kerabu udang anda.

Diet untuk kurus 4

diet untuk kurus

Panggang roti di atas kuali atau menggunakan alat pemanggang.

Sekiranya boleh, gunakan pilihan jenis roti yang lebih sihat seperti roti bijirin penuh.

Kemudian, sediakan sup cendawan untuk dimakan bersama roti tersebut.

Kurangkan penggunaan gula dan garam semasa menyediakan sup cendawan tersebut agar ia lebih sihat.

Diet untuk kurus 5

Anda juga boleh mencuba menu berasaskan daging bagi makan malam anda.

Sebelum memasak daging, pastikan anda membuang segala lemak tepu yang terdapat pada daging tersebut.

Ini untuk menjadikan hidangan anda lebih sihat dan bebas daripada lemak jahat yang boleh menjejaskan jantung anda.

Kemudian, perapkan daging tersebut menggunakan sos yang sesuai dengan selera anda.

Panggang daging sehingga masak dan hidangkan bersama segenggam nasi.

Tambahkan salad sebagai pelengkap hidangan makan malam anda. 

Diet untuk kurus 6

Anda juga boleh mempelbagaikan hidangan makan malam anda dengan mencuba memasak sup.

Masak sup ayam yang ditambah dengan kentang dan juga lobak merah untuk khasiat yang lebih baik.

Elakkan penggunaan minyak semasa menyediakan sup untuk menjadikan sup anda lebih sihat.

Selain itu, kurangkan juga penggunaan garam dan juga gula.

Hidangkan bersama segenggam nasi dan juga ulam-ulaman.

Diet untuk kurus 7

Ada sesetengah individu yang lebih gemar kepada hidangan makan malam yang ringkas dan mudah untuk disediakan.

Jika anda juga gemar kepada makan malam yang ringkas, anda boleh memakan oat pada waktu malam.

Untuk menjadikan oat anda lebih enak, campurkan hirisan buah-buahan seperti pisang dan juga susu ke dalam hidangan oat anda.

Dengan cara ini, ia bukan sahaja menjadikan oat anda lebih enak tetapi juga lebih sihat.

Diet untuk kurus 8

diet makan malam

Anda juga boleh menyediakan telur sandwic yang ringkas jika tidak mahu memasak hidangan yang berat.

Rebus beberapa biji telur mengikut kehendak anda.

Kemudian, lenyekkannya bersama sedikit mayones dan juga lada hitam.

Sapukan telur lenyek tersebut ke atas roti dan tambahkan sedikit daun salad.

Hidangan ini juga bukan sahaja sedap tetapi juga menjimatkan masa untuk menyediakannya.

Diet untuk kurus 9

Selain daripada dibakar atau dipanggang, ikan juga merupakan sumber protein yang enak jika dibuat sup.

Untuk membuat sup ikan, anda disarankan untuk menggunakan jenis ikan bersaiz besar seperti ikan merah atau ikan siakap.

Ini kerana rasanya lebih enak dan mudah untuk dimasak.

Elakkan penggunaan minyak masak dan kurangkan penggunaan gula dan juga garam semasa menyediakan sup.

Hidangkan bersama segenggam nasi atau anda boleh menikmati sup tersebut begitu sahaja.

Tahukah Anda Jumlah Kalori Yang Diperlukan Oleh Tubuh?

Jom semak kadar pembakaran kalori selepas anda melakukan aktiviti atau senaman!

SEMAK SEKARANG!
active

Boleh kurus tanpa elak makan malam

Gunakan sembilan resepi ringkas diet makan malam ini sebagai panduan penyediaan hidangan anda.

Apa yang kami kongsikan di sini adalah beberapa resipi yang mudah, enak serta sihat untuk anda.

Jadi anda masih boleh menurunkan berat badan anda tanpa meninggalkan waktu makan malam.

Tetapi ingat, kawal jumlah atau bahagian makanan yang anda ambil agar anda tidak makan secara berlebihan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)