Siakap Keli

(Video) “Dah Main Bedak Pura-Pura Tidur,” ‘Kantoi’ Sepahkan Bedak, Budak Ni Buat Helah Tidur Elak Dimarahi

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Salah satu anugerah yang terindah buat pasangan suami isteri ialah apabila dikurniakan anak-anak.

Sama ada bersedia atau tidak, setiap ibu bapa perlu menghadapi pelbagai karenah anak-anak.

Memang terkadang boleh memeningkan kepala tetapi kecomelan anak-anak pasti akan menambat hari.

Sama seperti video yang tular di TikTok ini yang menyaksikan telatah kanak-kanak yang ‘kantoi’ bermain dengan bedak.

Kanak-kanak lelaki itu perlu berhadapan dengan ibu saudaranya.

Pun begitu, dia mempunyai helah untuk mengelak daripada menjawab sebarang pertanyaan iaitu dengan berpura-pura tidur.

@keropoklekormatrizz

ooo dah main bedak pura2 tdo

♬ original sound – Keropok Lekor Matriz – Keropok Lekor Matriz

Badannya juga dilihat kaku dan tidak bergerak sama sekali.

Tetapi dia juga memberikan respon ketika ditanya adakah dia tidur atau tidak.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat sebanyak 1.7 juta tontonan di TikTok.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terhibur melihat keletah kanak-kanak itu.

Sumber: Keropok Lekor Matriz

Sofea

There's always another side to every story