Siakap Keli
Gambar: Youtube

(Video) Gelagat Si Oyen Gunakan Teknik ‘Lif Khayalan’ Untuk Hilangkan Diri Jadi Perhatian

Mungkin anda pernah berada dalam situasi kekok yang membuatkan anda ingin menghilangkan diri sekelip mata.

Seperti gelagat seekor kucing yang cuba bersembunyi secara perlahan-lahan setelah dirinya kantoi mengintai di sebalik jendela.

Apa yang menariknya, kucing berwarna oren itu sepertinya menggunakan teknik ‘lif khayalan’ untuk menyembunyikan diri.

Tatkala dirakam seorang wanita, si kucing oren itu kemudiannya merendahkan kepala sedikit demi sedikit hingga hilang dari pandangan, seolah-olah tidak mahu orang sedar akan tindakannya itu.

Video itu telah mendapat lebih 100,000 upvote setelah dikongsikan di laman Reddit.

Sumber: Youtube, Indy100

Amira

Love yourself.