Siakap Keli
Kredit: Google

Rakyat Pakistan Dambakan Kedamaian, Kerjasama Dengan Negara Jiran – PM Imran

ISLAMABAD, 31 Mac (Bernama) — Perdana Menteri Pakistan Imran Khan berkata rakyat Pakistan mendambakan kerjasama dan hubungan yang aman dengan semua negara jiran termasuk India.

Khan berkata demikian sebagai membalas surat tahniah daripada Perdana Menteri India Narendra Modi sempena Hari Pakistan yang disambut pada 23 Mac.

“Terima kasih atas perutusan tahniah sempena Hari Pakistan. Rakyat Pakistan memperingati hari ini dengan memberi penghormatan kepada kebijaksanaan dan pandangan jauh pengasas negara dalam membayangkan sebuah negara bebas dan berdaulat dengan rakyat dapat hidup bebas dan merealisasikan potensi mereka sepenuhnya,” kata Khan dalam surat bertarikh 29 Mac.

Perkara itu disahkah seorang pegawai Kementerian Luar Pakistan kepada Agensi Berita Xinhua pada Selasa.

Dalam suratnya, Perdana Menteri Pakistan menekankan bahawa keamanan dan kestabilan yang berkekalan di Asia Selatan bergantung kepada penyelesaian semua masalah yang belum selesai antara India dan Pakistan, termasuk konflik Kashmir.

“Menciptakan persekitaran yang harmoni sangat penting untuk dialog yang membina dan membuahkan hasil,” katanya.

Khan turut mengucapkan selamat maju jaya kepada rakyat India dalam usaha memerangi COVID-19.

Sumber: BERNAMA

Amira

Love yourself.