Siakap Keli

Tak Perlu Sapu Habuk Kipas Di Lantai, Ini Cara Mudah Bersihkan Kipas Siling, Guna Sarung Bantal

Bila dongak sahaja ke atas, nampak kipas siling yang hitam berhabuk tapi renyahnya nak bersihkan. Lepas bersihkan kipas kena sapu pula habuk dan sawang yang jatuh ke lantai.

Memang selalu kita berhadapan dengan dilema ini setiap kali nak bersihkan kipas siling di rumah. Alih-alih kita tangguhkan niat sebab banyak pula benda nak dibuat untuk bersihkan satu kipas. Tapi dengan cara yang betul, anda tidak perlu bersusah payah lagi.

Tips yang dikongsi akaun TikTok Mysumber ini boleh menyelesaikan masalah anda untuk membersihkan kipas siling dengan lebih mudah tanpa meninggalkan sisa habuk dan sawang di lantai.

Video yang mendapat 20.3 ribu tanda suka ini hanya menggunakan bahan-bahan asas yang boleh didapati di rumah seperti air, cuka dan sarung bantal untuk membersihkan kipas siling. Mudah kan?

@mysumber

Cara Mudah Bersihkan Kipas Siling #tips #petua #malaysiatiktok #malaysia #mysumber #fyp #foryoupage #foryourpage #tiktoker #foryourepage

♬ Eenie Meenie – Ceejay Laqui

Kalau tak letak cuka jadi tak?

Di ruangan komen, netizen masing-masing berkongsi tips yang berkesan untuk mereka dengan bahan-bahan yang lain. Tips-tips ini mungkin berkesan untuk anda juga!

Beberapa orang netizen turut menasihatkan agar menggunakan sarung bantal yang lusuh atau sudah lama agar tidak perlu membasuh sarung bantal yang kotor selepas digunakan untuk mencuci kipas siling.

Sumber: TikTok Mysumber

Eyla Azri